Life is test...the one who kneels to Allah (Taala) can stand up to anything. Hidup tidak selamanya indah..dan tidak selamanya menongkah langit..dan tidak selamanya langit itu mendung,penuh dengan awan...hidup ibarat roda,tak selamanya berada di atas dan tak selamanya berada di bawah. Kasih mama pada anak anak sehingga hujung nyawa..Bertabahlah wahai permata hati mama menghadapi ujian Ilahi.Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasihani.Kita ada Allah,Allah itu dekat..
04 July 2012
PadaMu ku merayu....
Ya Allah! Ya Rahman, Ya Rahim, Dikaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kasihanilah kami ya Allah, kami sangat-sangat mengharapkan belas kasihan daripada-Mu ya Allah. Sesungguhnya tidak ada yang dapat memberikan kasih sayang yang sebenarnya melainkan hanya Dikau. Segala kasih sayang yang pernah kami harapkan daripada selain-Mu, ternyata selalu menghampakan kami ya Allah.
Yasin 7 Mubin
Yasin 7 Mubin
Kali ini kita fokaskan pada bacaan ‘Yasin 7 Mubin’. Dalam Surah Yaasin terdapat tujuhtempat perkataan “mubin” iatu pada ayat
1) Ayat 12 = Mubin Pertama
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
2) Ayat 17 = Mubin Kedua
“Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.
3) Ayat 24 = Mubin Ketiga
Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
4) Ayat 47 = Mubin Keempat
Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.
5) Ayat 60 = Mubin Kelima
Ayat 69 = Mubin Keenam
(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
7) Ayat 77 = Mubin Ketujuh
Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
.
.
Cara membaca Surah Yassin
Yasin ada beberapa kaedah dan cara pembacaannya, bergantung kepada tujuan khususnya. Ada Yasin Tunggal (biasa), Yasin Wirid (untuk rezeki) dan ada yang membaca Yasin 7 Mubin untuk sesuatu hajat.
.
Yasin 7 Mubin ini dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telahdicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.
.
.
Kaedah Membaca Yasin 7 Mubin
Kaedah yang dinyatakan ini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Yasin 7 Mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera iaitu dalam tempoh 24 jam dari kehilangannya.
.
A. Langkahnya adalah seperti berikut:-
- Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
- Boleh juga dibaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali secara bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala, ketika dalam sujud yang terakhir.
“Tidak ada Tuhan selain Dikau. Maha Suci Dikau Ya Allah, sesungguhnya daku adalah termasuk orang-orang yang aniaya.”
- Selesai Solat Hajat,mulakan bacaan Surah Yasin mengikut kaedah seperti berikut;
- Membaca Surah Yasin, apabila sampai pada setiap perkataan ‘Mubin’ (مبين), hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulangi semula bacaan Yasin daripada permulaan surah.
.
.
B. Cara-cara untuk membacanya ialah :
- Bacaan Yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Selawat 11 kali.
- Baca Yasin sehingga di Mubin (مبين) pertama (ayat ke 12) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.
- Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77), berdoa .
- Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).
.
Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui kehilangan barang tersebut.
.
.
Fadhilat Lain Yasin 7 Mubin
Dari kajian, kaedah di atas juga boleh digunakan untuk:
1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan.
2. Memanggil anak-anak yang lari dari rumah.
3. Melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia.
4. Dibaca bagi pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum).
2. Memanggil anak-anak yang lari dari rumah.
3. Melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia.
4. Dibaca bagi pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum).
.
Perlu ditegaskan, ini adalah satu kaedah zikir, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata.
Selamat mencuba… Semoga ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua .. Insya-Allah …
Sumber.. http://shafiqolbu.wordpress.com
03 July 2012
02 July 2012
Tersungkur dalam cintamu ya Allah...Berikanku waktu...
Astaghfirullahaladzim…
Laailahaila anta subhanaka innikuntu minnadzalimin..
Astaghfirullah
Hanya Engkau pemilik jiwa ini ya Rabbi
Kasihani hamba yang lemah tanpa daya dan upaya ini ya Allah
Rangkul hamba YA Rabb, genggam hatiku Ya Rabb
Peluk hamba Ya Rabb
aku tersungkur...
aku meronta...
Allah, aku tersungkur
Hanya kepadaMu hamba kembali
Ya Allahu Ya Karim,, ampuni salah dan khilaf hamba
tersungkur dalam cintaMu ya Allah..ampuni hamba

Penat merayu
Kata Pakar Saraf,Prof John,kali ni bukan guillaian barre syndrome..Pakar saraf pun tak tahu kenapa kaki ni.Makin sukar bergerak.Bila refer ke Hemato,doktor nak rawat penyakit yang berkaitan darah..Stabilkan hemoglobin..Doktor,kaki ni makin parah..Demam on n off..Saya makin lemah,mata makin kabur.Mudah blur dan kosong..Tunggu appointment seterusnya..Masuk wad risau pada anak anak.Masih boleh bertahankah?
Letih dan penat merayu rayu mengenai masalah kesihatan..Memohon bantuan kudrat tidak di endah..Tiada guna mengeluh atau meratap nasib,kehidupan perlu di teruskan walau seribu keperitan dan kepayahan..Ujian Allah pada hambanya.Mengadu dan merintihla pada Allah,kerap mengadu dan merintih pada manusia,nanti cepat bosan..Masing masing ada komitmen sendiri.Insan biasa tetap insan biasa tetap merintih..
Segalanya dalam sekelip mata,bila penyakit dah merebak..Mana nak fikir kesihatan diri,anak anak?Nak urus diri sendiri pun dah tak berapa mampu,amat sukar untuk bergerak, terutama ke bilik air..Nak mandi,solat..Tak apala,cubala selagi apa yang terdaya.Dulu pun pernah begini cuma tidak sehebat sekarang.Hanya kudrat anak yang kecil duk membantu..Nak memasak sambil duduk dan menahan pening.Bila minta bantuan orang yang masih sihat,sering beri alasan..Dan yang amat terkilan,diri terkapar kapar di salahkan pada sesuatu yang tidak pernah di pinta..Merayu rayu memohon bantuan kudrat.Jika tak kuatkan hati tak tahula..
Jika memiliki kudrat,tidak sesekali ingin menyusahkan sesiapa..Tak perlu tambahkan lagi tekanan dan derita yang sedia ada.Sekurang kurangnya mereka masih memiliki badan yang sihat dan memiliki kudrat berbanding diri yang tidak memiliki nikmat itu. Kasihan dan renunglah wajah anak anak yang masih kecil...
Hati ni sentiasa pedih,perit,remuk dan hancur berkali kali tapi hati ni masih berjuang..Cuba menepis dan melupakan...Tidak mempedulikan hati dan perasaan sendiri..Tapi dengan hati yang lemah,segalanya makin lemah..Anak anak beri mama kekuatan...
Kita tak tahu bila dan apa yang bakal menimpa,Bila Allah sedang berbicara dan menduga...Tiada yang dapat mengelak..
p/s: masalah darah,pendarahan yang tak dapat di kesan,dan pendarahan yang sedia ada..lebih 2 minggu..Darah penyakit..Yang menyedihkan doktor tak tahu apa punca..Kaki tak leh lurus..bengkak kejap surut sikit kejap bengkak balik...

Redhalah menerima ujian...
Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta
.Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.
P/s: ujian ini makin hebat,tidak terluah dan terkata..kaki makin berat untuk melangkah dan teramat sakit ..mengengsot tangan makin lemah,merangkak,lutut pula sakit...apa yang mampu menahan segalanya dan gagahkan diri menghadapi segalanya....Amat sukar untuk bangun,untuk uruskan diri sendiri,anak anak,..nak ke bilik air,nak mandi, nak solat...Semalam demam yang agak panas,on n off..Kejap2 anak tolong basahkan kain..Ujian ini walau perit tapi indah dan nikmat...Anak anak bersusah payah membantu mama untuk bergerak..Bantuan dan kudrat anak yang masih kecil..Hanya yang merasai dan mengalami amat mengerti betapa bernilainya ujian ini...Benar benar menguji kekuatan jiwa,kekuatan dalaman..Cuma simpati pada anak anak..Sekurang kurangnya mereka dapat belajar sesuatu mengenai penderitaan bila Allah sedang menguji..Moga anak anak di berikan kekuatan dan ketabahan hati...Moga mereka di berikan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam lindungan Allah Taala.amin.Allah itu Dekat..Maha Mendengar dan Maha Pengasihani..
.Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.
Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.
Ayat 2 Surah al-Ankabut, yang bermaksud,
"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"...Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."

Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)
Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)
Oleh itu dengan mengenal diri, seseorang akan tahu dimana kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Dia juga akan tahu, bagaimana untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu ibadahnya kepada Allah SWT. Nabi SAW pernah berkata "Sampaikan sesuatu, walaupun hanya dengan satu ayat"
30 June 2012
Rawatan islam dengan Ustaz Sharhan Shafie
Datang awal menunggu..
Berubat dengan kaedah rawatan islam dengan Ustaz Sharhan Shafie,ramai orang..Ikhtiar..Malam sebelum blood transfusion.Sepatutnya hari tu kena masuk wad,doctor tak bagi balik,tapi entah macam mana dapat juga balik dan datang keesokkan untuk blood transfusion...Dapatla jumpa ustaz Sharhan malam tu.Susah nak jumpa Ustaz Sharhan ni...Sebelum ni pun memang pernah berubat dengan Ustaz Sharhan ni..
Gagah gagahkan diri nak jumpa ustaz dengan kaki yang teramat sakit,dan muka pucatsesangat..Orang lain tengok muka ni,ngeri...Jumpa ustaz,bersemangatla sikit ....
Berusaha dan berikhtiar
Kesembuhan dari Allah..
Subscribe to:
Posts (Atom)