29 April 2011

Rezeki dari Allah

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di
atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".


persepsi NeGATIF

Saya telah cuba berikhtiar dalam meneruskan kelangsungan hidup,namun apa yang saya harapkan seolah-olah terlepas pandang dari orang sekeliling....Walaupun apa yang saya lakukan hanya mengundang persepsi negatif dari orang lain.

27 April 2011

Di sebalik sebuah kisah benar

Satu kisah penderitaan dalam kehidupan seseorang yang bergelar ISTERI ingin saya kongsikan bersama untuk renungan dan ikhtibar sesama kita dan apa yang saya cuba kongsikan adalah dari apa yang saya lihat,dengar dan dapat dari rintihan ISTERI ini sendiri................

Dari segi penjagaan dan tumpuan yang dicurahkan terhadap suami tiada kurangnya dan cacat celanya,seorang isteri yang mengabdikan diri sepenuh masa pada suami dan anak-anak tetapi diberikan ANUGERAH yang amat pedih dan sukar diungkapkan........

Kepercayaan yang diberikan sepenuhnya akhirnya memakan diri dan anak-anak juga turut merasakan gelombang kepahitan dalam hidup walhal tika itu anak-anak masih kecil dan wanita ini sedang sarat mengandung anak bongsu,ditinggalkan suami tanpa sebarang sebab.

Bahagiakah suami meninggalkan seorang isteri yang sedang sarat mengandung bersama anak2 yang lain,yang masih kecil?Bahagiakah di atas penderitaan insan lain?Bahagiakah membiarkan isteri dan anak2 menderita hanya kerana menyintai insan lain?Apakah salah mereka?Terbiar tanpa perhatian dan kasih sayang seorang bapa?

Kecekalan wanita ini dalam meneruskan kehidupan,walau berbekalkan air mata tanpa henti,siang dan malam ibarat sama,menelan segala pahit demi kasih sayang pada anak2.Betapa sukarnya untuk membesarkan anak2,sehinggakan pernah meminta nasi2 yang sudah basi dari restoran.Nasi tersebut dibasuh dan digoreng semula untuk diberi makan pada anak2.Asalkan dapat mengalas perut.

Walau betapa peritnya untuk membesarkan anak2 tanpa suami di sisi,tapi penuh keazaman untuk melihat anak2 berjaya.Setiap kali anak2 melangkah ke sekolah,bisikan dari seorang ibu,5 A....Alhamdulilllah anak2 semua mencapai keputusan yang cemerlang..Moga terus berjaya..."Benarlah pepatah mengatakan kasih ibu tiada galang gantinya"...

Berilah ibu peluang untuk merasa bahagia dengan kejayaan anak2...







Taraf dalam kehidupan

Mencari kekuatan dalam menguatkan hati untuk melawan dan bertahan di atas penyakit ini.Walau setiap hari makin rebah rasanya,tapi masih cuba bertahan.Sehingga kini masih ramai yang sering memandang saya dengan pandangan yang mencurigakan.Penyakit apa yang saya hidapi?Makin kurus,tulang je yang nampak.Namun perlu ke saya kecewa dengan ujian ini?Bukankah insan2 yang terpilih saja yang diuji?Betapa bertuahnya kerana terpilih untuk ujian ini.Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui di atas segala2Nya.

Walau sering di pandang dan dinilai negatif tapi hakikatnya hanya Allah maha mengetahui akan sesuatu,perlukah setiap ujian itu dianggap sebagai balasan atas kehidupan seseorang itu dan adakah bila kita melihat seseorang yang berjaya dan mencapai tahap yang membanggakan telah dikira cemerlang dan positif segenap segi dan layak dipandang dengan persepsi yang baik dan dijulang tinggi?



24 April 2011

Jangan terus jatuh dan terpaku....

Kita manusia sering kali mengingatkan diri agar tidak jatuh di tempat yang sama.Sayangnya,seringkali itu juga kita akan tetap jatuh pada tempat yang serupa.Tapi teruk bagaimana sekali pun,jangan pernah menjadikan kejatuhan itu sebagai satu kegagalan kerana di dalamnya tersurat pelajaran dan pengajaran yang amat berguna untuk kita renungi sebaiknya.

22 April 2011

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

21 April 2011

Tiada siapa yang minta nak sakit dan susah kan?Kalau boleh nak jadi macam ibu2 yang lain dapat membesarkan anak,memberi sepenuh perhatian dan dapat mencari nafkah dalam keadaan yang sempurna dan sihat.Bila sihat tak perlu meminta atau mengharapkan bantuan dan pergantungan pada insan lain.Sesungguhnya nikmat kesihatan itu amat bernilai dan tiada harga yang boleh di bayar ke atasnya.

Bila sihat mungkin susah untuk dipelekeh dan dipertikaikan tapi saya redha dengan segalanya.........