12 January 2011

MAKANAN SEIMBANG ELAKKAN ANEMIA

Anemia atau masalah kurang darah bukan perkara asing dalam masyarakat kita.
Secara mudahnya, anemia bermakna kekurangan sel darah merah. Darah boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu:

Sel darah merah.
Sel darah merah pula meliputi hemoglobin (protein yang kaya zat besi dan berwarna merah). Tugasnya ialah membawa oksigen dari paru-paru ke organ dan karbon dioksida kembali ke paru-paru untuk dibebaskan ke udara.

Sel darah putih
Sel darah putih berfungsi sebagai sistem pertahanan menentang kemasukan bahan asing ke dalam badan.

Platlet dan plasma
Platlet pula penting untuk menghentikan pendarahan apabila luka.

Tanda-Tanda Anemia

Apabila seseorang itu mengalami masalah kulit pucat, degupan jantung pantas, cepat letih, sesak nafas, sakit dada, kerap berasa pening, sejuk dan kebas, Cuba jelirkan lidah dan lihat warnanya. Adakah ia jauh lebih merah berbanding lidah ahli keluarga yang lain? Sekarang cuba perhatikan bahagian bawah mata dan tangan. Adakah ia berwarna pucat? Jika sebahagian atau semua tanda di atas ada, anda mungkin mengalami masalah anemia.

Bagaimana Anemia Boleh Terjadi?

Ia boleh berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya:

Badan kurang menghasilkan sel darah merah
Kehilangan terlalu banyak darah atau kadar kemusnahan sel darah berlaku lebih cepat daripada penghasilannya.
Faktor Penyebab Anemia

a) Kurang Penghasilan Sel Darah Merah Yang Disebabkan:

Masalah kekurangan zat besi
Kehilangan darah
Keracunan logam.
Gangguan pada sumsum tulang (myelodyspasia).
Penyakit kronik (kerosakan buah pinggang, kanser, artritis reumatoid, Sistemic Lupus Eritematosus, SLE) yang merencatkan fungsi sumsum tulang.
Penyakit haemofilia
b) Kemusnahan Sel Darah Merah Luar Biasa (Hemolisis)

Iaitu sel darah merah pecah dengan sendiri. Jika kemusnahan sel darah merah berlaku lebih cepat berbanding penghasilannya, individu itu akan mengalami masalah anemia. Hemolisis boleh disebabkan penyakit seperti:
c) Talassemia


d) Kekurangan enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase (G6PD).

e) Auto imun hemolitik

f) Penyakit sel sikel (masalah yang diwarisi)

Masalah Sel Darah Merah:

Leukemia
HIV
Neutropenia
Cara Untuk Mengelak Anemia

Secara asasnya, pemakanan harian seimbang iaitu yang cukup sukatan sayur dan sumber protein. Ia penting kerana pemakanan yang seimbang mampu mengatasi masalah kekurangan darah. Maknanya, seseorang itu akan dapat zat besi, vitamin B12 dan folat mencukupi. Seterusnya, pengambilan zat besi. Zat besi boleh diperoleh daripada sayur-sayuran hijau (juga kaya dengan folat), daging merah dan organ (seperti hati).

Daging merah dan organ dalaman juga tidak diambil berlebihan, terutama bagi individu yang ada masalah jantung dan paras kolesterol tinggi, kerana ia turut mengandungi banyak vitamin B12 yang boleh menyebabkan keracunan hati.

Kesimpulan

Anemia bukan penyakit, tetapi satu masalah yang boleh mengganggu tugas harian. Orang yang mengalami masalah anemia cepat berasa letih dan tidak boleh bergiat dalam aktiviti cergas. Amalan pemakanan seimbang dan kaya zat besi biasanya boleh merendahkan risiko mengalami masalah kurang darah.

Sumber Maklumat: Harian Metro, Utusan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

11 January 2011

Bermain di Taman Husm




Aiman membesar tidak seperti kanak2 lain,semenjak kecil lagi dia membesar dalam persekitaran yang kebanyakan masanya hanya di dalam wad dan hospital menemani ibunya yang sakit,jika dilihat dari matanya seakan tahu yang dia menyimpan perasaan yang terlalu dalam yang pasti kanak-kanak seusianya tidak mampu membendung perasaan sedemikian rupa..namun saya tahu Aiman amat2 mengerti bahawa saya amat2 memerlukannya agar saya mampu bertahan dan kuat untuk mengharungi hidup ini dari hari ke hari.saya mengerti jiwa kanak2 seusianya juga menginginkan kehidupan seperti kanak2 lain.

Temujanji gastro


Ulang alik ke hospital.Semalam temujanji dengan pakar gastro..Kesihatan yang makin tidak menentu.Berat badan yang makin menurun...

08 January 2011

Menjaga kesihatan sistem penghadaman

Jagalah kesihatan sistem penghadaman...mari kongsi info....

MAsalah penghadaman seperti sembelit, cirit-birit, pedih hulu hati dan senak perut boleh dianggap gejala biasa yang lazimnya tidak serius.

Bagaimanapun, kita semua ingin mengawal atau mencegah gejala ini daripada kerap berlaku dan berlarutan sehingga menjadi penyakit yang boleh mengancam nyawa.

Hakikatnya, bukan susah untuk menjaga kesihatan sistem penghadaman. Anda hanya perlu menjaga gaya hidup dan diet pemakanan, kerana kesihatan sistem penghadaman bergantung kepada makanan yang anda makan (atau tidak makan!), gaya hidup yang diamalkan dan kegiatan fizikal yang anda lakukan.

*Awasi apa yang dimakan

Untuk membolehkan badan anda menghadamkan makanan dengan cekap dan menyerap nutrien, anda memerlukan sistem penghadaman yang sihat.

Diet tidak sihat dan tabiat makan yang tidak sihat seperti makan dengan gelojoh dan juga tidak makan pada waktu makan boleh mengganggu sistem penghadaman.

Sebagai contoh, pengambilan makanan yang sudah diproses dan makanan berlemak setiap hari akan memberi tekanan kepada sistem penghadaman anda kerana ia perlu bekerja lebih masa untuk memecahkan atau mengurai makanan tersebut.

Pemakanan yang tidak sihat menjejaskan kesihatan sistem penghadaman, hingga boleh menyebabkan usus kecil kehilangan keupayaan untuk menyerap nutrien daripada makanan.

Sistem yang tidak sihat juga menyebabkan kemerosotan aktiviti rembesan (disebabkan kerosakan kelenjar tambahan dan mukosa usus), mengurangkan toleransi lemak dan mengakibatkan kekurangan zat makanan. Semua ini boleh menjejaskan kesihatan.

*Tabiat sihat untuk usus

Untuk memastikan kesihatan sistem penghadaman anda berada pada tahap optimum, anda boleh mencuba petua yang disyorkan oleh Pertubuhan Gastroenterologi Sedunia:

*Amalkan pengambilan hidangan makanan lebih kecil secara lebih kerap seperti 4-5 sajian lebih kecil dan bukannya 2-3 sajian besar, setiap hari. Bagaimanapun, pastikan sajian lebih kecil ini tidak meningkatkan pengambilan kalori anda secara keseluruhan!

*Makan lebih banyak makanan berserat seperti buah-buahan (pear, epal, betik), sayuran (brokoli, sayuran berdaun hijau, cendawan), kekacang (pea, lentil) dan bijian penuh (roti, bijirin, beras perang).

*Makan lebih banyak ikan, sekurang-kurangnya 3-5 kali seminggu.

*Pilih daging kurang berlemak seperti ayam, ayam belanda atau daging lembu tanpa lemak.

*Kurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak atau makanan goreng.

*Ambil probiotik seperti susu kultur dengan lebih kerap.

*Minum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari dan kurangkan minuman yang mengandungi kafein, alkohol dan gula.

*Aktiviti dan gaya hidup sihat

Mengamalkan gaya hidup sihat dan senaman fizikal secukupnya sangat penting kepada kesihatan sistem penghadaman, dan juga kesihatan badan secara keseluruhan.

Cara berikut dapat membantu anda memastikan sistem penghadaman anda bekerja secara optimum:

*Kurangkan tekanan – tekanan atau stres berlebihan boleh melencongkan pengaliran darah daripada sistem penghadaman anda. Sistem penghadaman mudah disesuaikan dengan rutin harian. Justeru, dengan menetapkan masa tertentu untuk tugas tertentu, anda dapat membantu sistem penghadaman anda dan seterusnya membuat diri berasa lebih berupaya mengawal keadaan. Jika anda mengalami Sindrom Gangguan Usus (SUT), tekanan boleh mencetuskan kekejangan dalam kolon anda.

*Kekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat – risiko Penyakit Refluks Gastroesopfagus (GERD) dan kanser adalah lebih tinggi di kalangan individu yang gemuk atau mengalami berat badan berlebihan. Senaman jenis kardiovaskular membantu menguatkan otot abdomen dan mengurangkan rasa malas badan dengan merangsang otot usus untuk menolak kandungan dalam usus untuk melalui sistem anda.

*Berhenti merokok – merokok menjejaskan seluruh badan, termasuk sistem penghadaman. Ia mengurangkan tekanan di persimpangan antara perut dan esofagus, menyebabkan asid perut mengalir balik ke dalam esofagus dan boleh menyebabkan pedih hulu hati dan pelbagai komplikasi lain. Merokok juga boleh memburukkan lagi ulser peptik dan keradangan usus, dan turut dikaitkan dengan peningkatan risiko pelbagai penyakit kanser.

*Hadkan minuman yang mengandungi alkohol, kafein atau gula – semua ini boleh menjejaskan kesihatan sistem penghadaman anda dan menyebabkan masalah seperti pedih hulu hati, sembelit dan memburukkan lagi gangguan seperti SUT. Alkohol boleh menyebabkan keradangan perut atau dinding esofagus dan mencetuskan gejala pedih hulu hati. Kafein pula boleh menyebabkan asid perut mengalir masuk balik ke dalam esofagus (refluks) dan mengakibatkan pedih hulu hati.

Sumber : Utusan

Moga dapat bertahan

Hampir setiap hari berulang alik ke hospital,kerap nak pitam.Tapi masih lagi mengelak dari masuk wad.Selepas dimasukkan drip dan bila rasa bertenaga sedikit,minta discharge..Berkali2 macam ni,Sehinggakan doktor kata merbahaya kalau dibiarkan.Nasihat doktor,pentingkan kesihatan diri dulu..Nak sangat teruskan rawatan tapi masa dan keadaan belum mengizinkan.Cuba untuk bertahan selagi boleh.

Anemia masih dalam investigation..

Rawatan lanjut belum dapat diteruskan,selain Guilain Barre Syndrome,ada lagi penyakit yang belum dapat dikenal pasti.Sehingga kini belum dapat diketahui apa punca anemia.Jantung tak stabil,doctor bimbang takut serangan jantung.Anemia,sama ada disebabkan masalah usus,atau bone marrow failure atau sebagainya..Saya perlu menjalani colonoscopy,endoscopy,barrium, untuk mengetahui apakah masalah usus ni.Kian hari makin kronik.Sebelum ni buat endoscopy,dapat sahkan chronic gastritis.Result colonoscopy sebelum ni,usus terlalu nipis..Perlu repeat lagi.

Bagaimanala untuk menghadapi segala ujian ni?Fikiran ni sentiasa risau memikirkan kesihatan,tapi cuba diselindungkan.Gelak tawa anak2,senyuman mengubat hati..Kena juga kuatkan diri demi anak2.

Kesakitan yang ditanggung ini menjadi satu bebanan pada insan lain.Menjadi satu kebencian..Tiada siapa yang pinta untuk menanggung kesakitan.Ini ujian untuk diri ini...tabahlah wahai hati...