13 August 2010

Tabahnya...


Cuba kita renungkan..betapa tabahnya suami isteri ni mencari rezeki.menjual goreng pisang,keropok lekor,fish ball,nugget dan juga air di depan Mydin Kubang Kerian..dah hampir sebulan ambil gambar ni tapi baru upload je.kebetulan lalu depan mydin,saya nampak sesuatu yg blh dikongsi bersama..masa tu saya duk dlm kereta.adik turun di Mydin.saya duk memerhati sepasang suami isteri betapa gigihnya duk berniaga.yang rasa simpati,anak2 yg kecil2 pun duk tunggu mak ayah berniaga di tgh2 panas,tgh hujan lebat.hanya berpayungkan payung niaga je.ank2 umur yg sulung lbh kurang 5 tahun,yg no 2 3 tahun dan yg kecil setahun lbh..sesekali dengar anak yg kecil duk meraung menangis..sayu sanagt saya tengok.saya minta adik tanyakan pkl berapa start niaga dn blk pkl brp..start niaga pkl 11 pg dan blk dlm pkl 8 lbh..

mereka tinggal di pantai cahaya bulan.bayangkan hampir setengah jam dari rumah mereka dgn hanya naik ..motosikal roda tiga...dari pg sampai mlm anak2 duk dlm motosikal tu je..beberapa kali saya lalu begitulah setiap hari mereka...walaupun susah,tapi hati sepasang suami isteri ni cukup tabah dn cekal..

pernah saya nampak ank yg kecil duk menangis2..yg kecil tu kurus sgt ...kesian sgt sy tgk.mungkin masa tu suami akak ni pergi sembahyang..akak tu sambil duk berniaga ambil anak dukung...setiap manusia di uji dgn cara yg berlainan.ketabahan,kekuatan semangat,redha dan pasrah atas setiap dugaan..sy tgk dia org tenang je...walaupun susah tetap sabar dan bersyukur atas rezeki yg dikurniakan.Moga Allah murahkan rezeki mereka..amin.





11 August 2010

salam ramadhan


Selamat berpuasa kepada semua umat islam di dunia...semoga amalan di bulan puasa diterima dan diberkati.amin.

09 August 2010

Di manakah tempat saya??


banyak yg nak dikongsikan di sini sebenarnya...keadaan kesihatan saya yg buat Saya tak dapat mengadap lama2..menaip pun sambil baring..duduk kejap lebih 10 minit,memang rasa nak rebah..sebelum ni selepas keluar kisah saya dalam metro,lama saya menyepikan diri...12 Mei selepas kisah saya terbit dalam metro,banyak peristiwa yg terjadi.benar2 tamparan hebat untuk saya.

Masa tu ramai yg bertanya tentang keadaan saya,ada juga individu persendirian yg membantu...amat2 saya bersyukur dan berterima kasih pada mereka yg sudi membantu saya masa tu.yang saya nak kongsikan di sini...sebelum ni bila saya susah,ramai yg jauh,tapi saya cuba faham...masing2 ada komitmen masing2.yang buat saya makin terkilan,ada yg berkata saya meminta sedekah dalam akhbar..anak2 turut menjadi mangsa.ramai yg malu dgn saya..kenapa?? teruk juga saya dicemuh,peristiwa tu buat saya bertambah tertekan..apa yg saya buat selalu di salah tafsirkan...beberapa kali saya masuk wad..keadaan saya memang tak boleh tertekan,boleh menyebabkan penyakit saya lagi parah.berapa lama saya tak online dalam fb..masa tu saya rasa terpinggir sangat..sedangkan apa yg saya buat untuk ank2 saya..

segalanya saya pendam seorang diri..bila saya cuba untuk buat sesuatu,saya dicemuh,dipertikaikan...saya sanggup menahan perasaan malu,tebalkan muka memohon bantuan untuk anak2 saya dan untuk meneruskan rawatan saya.salahkah apa yg saya buat?saya tak dapat menampung perbelanjaan ank2 dgn keadaan saya begini...bukan minta simpati,ini adalah hakikat keadaan saya..

sebelum ni bila saya memohon bantuan dlm fb ada yg mempertikai,macam mana boleh guna internet...sedangkan ini saja alat yg dapat berkomunikasi dengan dunia luar..saya bukan dapat bekerja macam org lain..saya juga ada buat niaga online,cuma keadaan kesihatan saya sejak kebelakangan ni yg tak dapat beri tumpuan dan kurang mendapat sambutan..

sebagai seorang ibu..kita mesti sayangkan ank2,kita sanggup buat apa saja untuk ank2 walau terpaksa tebalkan muka..hari ke hari saya makin risau akan keadaan kesihatan saya.peluang untuk saya belum lagi terbuka....
.














lebih ramai yg lebih derita dan amat2 memerlukan...





Berilah Pertolongan Kepada Orang Yang Susah
Hadith :
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai kenderaan yang melebihi dari keperluannya sendiri hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa yang mempunyai lebihan bekalan makanan hendaklah ia bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan. Selanjutnya baginda menyebut bermacam-macam lagi harta benda yang baginda teringat hingga kami lihat bahawasanya tidak ada seorang pun dari kami yang benar-benar mempunyai kelebihan”
Hadith Riwayat Muslim

Huraian
1. Islam menggalakkan umatnya supaya memberi pertolongan dan bantuan kepada orang-orang yang susah dan orang-orang yang memerlukan bantuan samaada dari segi harta benda, kewangan dan sebagainya.
2. Hikmah bersedekah ialah untuk mengelakkan daripada mementingkan diri sendiri sebaliknya mengeratkan persaudaraan didalam Islam.
3. Bagi golongan yang kaya yang mempunyai harta kekayaan yang banyak digalakkan bersedekah dengan memberi bantuan makanan kepada golongan yang amat memerlukan,
bantuan basikal untuk kanak–kanak kesekolah atau apa-apa sumbangan yang diperlukan bagi meraka yang amat memerlukan.

berikan saya peluang dan ruang




sesungguhnya saya teramat penat dan terlalu letih dgn keadaan kesihatan dan masalah kewangan yg tiada berkesudahan yg benar2 menghimpit saya...saya tiada daya memikirkan keadaan ini walaupun sy cuba gagahkan diri dan cuba melawan ujian ini.Saya rasa jika org lain di tempat sy boleh tumpukan rawatan tanpa memikirkan soal kewangan dan kebajikan anak2 tapi apa daya sy.tika ini amat perit buat saya..saya tidak dapat meneruskan rawatan dan perbelanjaan ank2...saya tidak pernah mengalah dengan ujian ini tapi bila melibatkan masalah kewangan,bagaimanakah cara untuk saya menghadapinya..segalanya terbatas.saya terpaksa merayu di sini....berilah peluang untu saya dan anak2.adakah ruang dan jalan untu saya dan ank2.

08 August 2010

Tenangkan fikiran di taman HUSM


Minggu lepas selepas berjumpa dengan pakar saraf sempat bawa anak2 kat taman air terjun dalam HUSM.cantik taman air tejun ni..anak2 seronok walau dapat bermain di taman HUSM...anak2 cukup memahami,asal dapat bermain tak kisah walau di hospital.tak de nak minta bawa jalan2 ke mana2...tak banyak ragam..Dia org faham mama sakit..tengok titisan air terjun ciptaan ni rasa tenang je..gelodak hati tiada siapa yg tahu..
























Siapakah insan ini....



Lyafrina...satu nama yang amat saya kagumi...org yg mengenalkan dunia blog pada saya dan banyak beri tunjuk ajar dalam arena blog ni..sejak mengenali lya,byk dapat membantu menambahkan kekuatan semangat...lya byk beri nasihat,semangat dan kekuatan pada saya..sungguh insan yang bernama lya ni mempunyai ketabahan yg luar biasa...kita hampir senasib,tapi bagi saya lya lebih menderita walau di wajah beliau nampak ceria.kuatnya lya..tiada siapa yg tahu di wajah ceria itu tersorok seribu penderitaan...

Di saat saya amat memerlukan bantuan,lya tak pernah hilang..lya sentiasa tampil walau diri lya sendiri sedang berada dalam kesukaran..saya amat berasa serba salah bila lya sanggup mengetepikan dirinya untuk insan lain...sungguh mulia hati lya...tapi janganlah korbankan diri lya kerana lya juga amat memerlukan.mungkin lya memahami akan erti derita bila diuji begini..Semoga lya diberikan kesembuhan,dipanjangkan umur,dan sentiasa dilindungi Allah.moga lya makin tabah dn ceria.Anak2 amat memerlukan kita,kita ibu..erti derita seorang ibu bertarung,berjuang dengan kesakitan untuk meneruskan kehidupan dalam saat2 getir..
terima kasih lya.....lyafrina..kisah lya klik SINI