18 June 2015

Ahlan Wasahlan Ya Ramdhan

Ahlan wasahlan ya Ramadhan...
Selamat datang wahai bulan suci Ramadhan..




Bermula terawih semalam..Moga anak anak mama menjadi anak anak soleh..amin..

Alhamdulillah...
Sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan penuh barokah ini...
Bulan penuh keinsafan... bulan penuh kenikmatan...
Ramadhan Ya Ramadhan
Bulan yang menyaksikan orang berpuasa
Bau mulutnya lebih harum daripada kasturi di sisi AllahDerita lapar adalah syurga balasannya
Pengampunan dosa-dosa di malam Lailatul Qadar
Bergandanya amalan kepada 10 hingga 700 kali ganda
Keseronokan ketika berbuka & menemui Tuhan di akhirat kelak

Syukur atas peluang yang Kau berikan ini Ya Allah...
Semoga Kau tetapkan imanku
Untuk terus patuh sujud mengharapkan keredhaan dariMu...
Dan ku pohon semoga diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah di bulan mulia ini.amin.

Salam Ramadhan buat
keluarga,sahabat handai dan semua umat islam

Sempena Ramadhan yang mulia ini
Semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yang diangkat darjatnya di sisi Allah
Semoga kita beroleh keampunan dan kemulian di sisi Nya.
amin.

17 June 2015

Marhaban Ya Ramadhan

Serundinng daging tempatan,serunding ayam,serunding ikan dari Kampung Laut Kelantan.




Moga diberikan kesempatan untuk menjalani ibadah di bulan mulia ini..amin.
Serunding serunding segar dari kampung laut,boleh buat salah satu menu berbuka atau bersahur nanti.

Serunding serunding daging tempatan,seruding ayam,serunding ikan..pembuka selera waktu berbuka dan bersahur nanti..insyaallah.Ada sesiapa nak order boleh pm atau message saya di 012 921 8016..Jika sudi membeli sambil membantu anak anak saya

Serunding daging tempatan,serunding ayam,serunding ikan dari Kampung Laut.Hujung minggu baru baru ni bersama anak anak ke kampung laut.Ambil stok serunding yang baru siap di masak dan di packing.Aiman dan Ikhtisyam duk memerhati proses pembuatan serunding.Kat tempat serunding di masak tu memang panas sangat..

Tak mampu nak memerhati sama,cuaca kat luat pun panas terik sangat..Badan saya memang tak kuat cuma saya ni bergantung pada kekuatan semangat demi anak anak.Mata pun kadang kadang kabur sangat.Bertahan selagi mampu.banyak sangat nikmat yang Allah berikan..Jika nak berbanding beberapa tahun lepas saya hanya mampu terlantar.Sekarang syukur alhamdulillah nak berbanding dulu..Terima kasih Allah..

Panas terik cuaca..ujian kat dunia.Matahari berjuta kilometer di atas kepala,tapi balasan akhirat panas lagi.Sejengkal je di atas kepala..nak lari ke mana,nak cari tempat berlindung kat mana..Pasti akan merasa kepanasan yang amat sangat bagi orang yang mana timbangannya berat di sebelah jahat.nauzubillah....


27 May 2015

Serunding srunding dari Kampung Laut Kelantan..

Ya Allah,jadikan aku penyabar dan bersabar di atas setiap dugaan dariMu..Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala sesuatu..Kurniakanlah aku sifat kesabaran dan ketabahan yang luar biasa yang teguh dalam meniti hari seterusnya...Ujian tiada hentinya,sungguh aku lemah tanpa petunjukMu..Ya Ilahi Rabbi,sungguh kasih sayangMu amat luas pada hambaMu.Hanya Engkau yang sering mendengar rintihan hati hamba..Betapa bersyukurnya kerana masih diberikan peluang meniti kehidupan bersama anakanda tercinta..Keajaiban dariNya untukku terus melangkah..Sungguh hamba bersyukur...

Kesihatan tidak menentu dengan cuaca sekarang ni yang agak panas..Tak tahan lama jika berada di luar rumah,mata pun tak tahan sangat dengan cahaya yang kuat.Tapi tetap cuba bertahan selagi mampu demi anak anak kan...Mama kena kuat,anak anak nak periksa tahun ni..Alia Erissha SPM dan Ikhtisyam UPSR.Mama pun kena gigih cari pendapatan untuk anak anak...

Memandangkan bulan puasa tak lama lagi, selain persediaan rohaniah,apa kata kita buat persiapan awal2 terutamanya memikirkan juadah untuk berbuka dan bersahur.

Jom dapatkan segera Serunding Daging dari Kelantan

Serunding dari Kampung Laut Kelantan ni memang sedap dan lazat,tahan lama dan boleh di makan denagn pelbagai hidangan.Bau serunding ni pun dah sedap belum lagi makan....
Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi/pulut, ketupat daun palas, lemang, dijadikan inti dalam pulut bakar, inti dlm karipap mini atau popia mini dll...
Resepi tradisional turun temurun dijamin sedap :
- Daging berkualiti dan dicarik halus
- Dimasak menggunakan dapur kayu untuk aroma istimewa
- Sentiasa segar dan baru dimasak setiap minggu
- Boleh disimpan pada suhu bilik dan tahan lama
Dapatkan yang asli, sedap dan murah
p/s : Makan serunding dengan nasi air kosong pun menyelerakan..
Sesiapa nak order boleh pm atau whatsapp saya 012 921 8016

Ada sesiapa yang nak buat bekal bulan puasa boleh pm atau whatsapp ke 012 921 8016
Serunding daging dan Serunding Ayam


Serunding Daging Tempatan


Serunding Ayam


Serunding Ikan







Pembantu mama...Tak pernah mengeluh bantu mama..Tolong mama angkat barang jalan kaki dari rumah nak gi pos barang.




11 May 2015

Keluhan hati...

Keluhan hati ....Aku ingin menulis. Meluahkan segalanya dalam bait-bait kata tapi aku tidak tahu dari mana harus kumulakan. Segalanya berjalan seperti yang telah tersurat dalam laluan takdir di bawah ketentuan-Nya. Dan segala yang tersirat adalah kehebatan-Nya yang tidak terjangkau oleh minda kecilku.
Apapun aku akur untuk terus berjalan pada laluan yang telah sedia terbentang di hadapanku. Tampak mudah dan lurus walau sentiasa berselang onak dan duri yang tidak terlihat oleh pandang mata. Sekali lagi aku akur.. tidak ada yang mudah walau untuk mengerdipkan sepasang mata. Segalanya dengan izin-Nya.. Subhanallah...
Aku merangkak,bertatih sendirian, berjalan dan cuba berjalan lagi.. Kemudian jatuh dan cuba bangun semula. Kuatur langkah satu demi satu dalam keperitan. Segalanya kulakukan dan laluinya sendiri.Seketika aku terkedu setabah itukah aku?Sungguh hebat dugaan yang pernah aku lalui tanpa sedar..
Maka, aku mengenal erti sabar dan belajar tersenyum walaupun perit terus menerus menagih hiba.
Ketika kehendakku tidak bisa di genggam. Aku belajar menjadi insan matang. Mensyukuri segala yang ditakdirkan.
Bukan merungut mencipta sesalan. Kerana ku tahu bahawa segalanya tidak semudah apa yang ada dibayanganku. Dunia hanya persinggahan yang sering menagih pengorbanan.
Dunia telah mengajarkan aku memilih untuk selalu berasa kecewa dan terluka, namun hanya dengan mengingati Allah sahajalah aku kembali menyedari dan redha. Bahawa segalanya adalah ketentuanNya dan akhirnya akan belajar dari setiap ujian dan dugaan.Segalanya ketentuan Allah dan Allah itu Maha Peyayang..DIA ada setiap masa tanpa pernah meninggalkanku......
Terima kasih, Ya Allah.


Alia Erissha tahun ni bakal menduduki peperiksaan SPM..Tercalon di antara 14 pelajar cemerlang.Moga tercapai segala Impian,cita cita dn berjaya dunia akhirat.amin.Moga mama berpeluang melihat anak anak mengejar cita cita dan berjaya nanti.amin.Kesihatan mama bergantung pada kekuatan semangat anak anak..Segalanya keaiaiban Allah..

Bertahan dan bertahanla,kadang kadang kesihatan tidak menentu sangat tapi cuba kuatkan diri anak anak masih perlukan mama.Bisikan semangat untuk terus kuatkan diri.


09 April 2015

Moga ada yang sudi membantu

Assalamualaikum..Saya amat berharap jika ada hamba hamba Allah yang sudi membantu saya.Saya benar benar nak guna kewangan.Perbelanjaan harian anak anak hampir tiada,kesihatan saya pula tidak menentu kebelakangan ni.Untuk anak anak kena gagahkan diri juga.Jika ada yang sudi membeli sambil membantu.Kain pasang saya jual harga modal saja termasuk harga pos laju.Harap sangat sudi membantu tika ni.

RM 50 termasuk kos pos laju.









06 April 2015

Harap sudi bantu saya

Bismillahirrahmanirrahim...

Jemputlah singgah tengok kain pasang murah murah saja.Saya baru nak cuba niaga kain pasang.Permulaan saya cuba 10 helai kain pasang.Saya bukan ada modal nak niaga.Mencari sana sini untuk dapatkan modal.Niaga tidak mendapat sambutan,kewangan amat terhad.Jika ada sesiapa yang sudi membantu untuk clearkan kain pasang yang ada.Saya jual murah murah je untuk dapatkan modal semula.Harap sangat sudi bantu saya.


Kos sara hidup semakin meningkat sekarang,pada yang tiada sumber pendapatan tetap macam saya macam manala nak hadapi semua ni..Kebanyakkan kedai barang barang runcit semuanya naik harga,termenung sejenap.Kuatkan hati dan yakin rezeki datang dariNYa.amin.Insyaallah.