Ya Allah, hamba tahu hanya Engkau Yang Maha Tahu segala rahsia di sebalik tiap sesuatu ketetapan-Mu. Yang hamba tahu, segala sesuatu yang Engkau tetapkan itu pasti ada hikmah disebaliknya. Kerana Engkau adalah sebaik-baik perancang. Bantulah hamba menjadi hamba-Mu yang redha dan sabar. Mohon dikuatkan hati hamba ini Ya Allah. Sangat lemah hamba-Mu yang seorang ini Ya Allah. Hamba tahu hati ini sedang ditempa dalam relau mehnah-Mu. Hamba tahu Engkau sentiasa rindu pada rintihan hamba justeru Engkau kirimkan ujian yang melelahkan.Hamba redha andai ini takdir yang telah tertulis untuk hamba. Cuma hamba mohon, bantulah hamba, Ya Allah. Bantu hamba untuk redha seikhlasnya. Kuatkanlah hati hamba dalam menempuh ujian-Mu ini Ya Rabb.”
Kesihatan yang semakin menguji segalanya..makin di gagahkan diri makin tersungkur dalam diam.Demam yang agak tinggi di setiap malam dengan tuala basah.Bertarung dengan kudrat yang lemah dan emosi..Emosi seorang pesakit dan seorang ibu,untuk duduk lama pun hampir rebah..Untuk memasak atau mandi apatah lagi,terkedu sendirian menghadapi ujian ini.Walau sakit segalanya tetap kena urus sendiri.Kudrat dan kekuatan mana lagi yang masih ada..ada ketikanya bila terlalu lemah,rasa ingin terbaring je di dapur tapi masih gagahkan diri walau berpinar pinar dan terketar ketar..Tiada daya,tapi apakan daya..cubala gagahkan diri selagi mampu...
Berpaut di tongkat rasa nak pitam,tersungkur di lantai..Benar sangat Ya Allah,amat memerlukan bantuan kudrat..Makin di lihat aiman dan bob bersusah payah membantu makin sebak dan hati sering menangis...Baru je aiman nak main sesuatu mama seperti seorang anak kecil yang meminta pertolongan...Seorang mama memanggil anak kecil untuk bantu di papah..Tersungkur juga dalam tangis...Laillahaillallah
Bagaimana untuk terus kuat,dengan Allah,ya benar dengan Allah..Allah sentiasa ada...cari kekuatan dengan Allah..
Bertarung dengan emosi,anak anak lihat mama semakin mudarat..tiada apa yang mama mampu kini,hanya masih mampu melihat anak anak.Entahlah,terlalu takut jika apa apa terjadi..
Ya Rabb, hati ini hati seorang ibu,
Hanya padaMu ku berpaut..
Untuk semuanya, walau apapun ujian yang Allah timpakan ke atas kita, yakin dan percayalah itu bukan untuk melemahkan kita, bahkan segala ujian itu adalah penguat kita. Segala ujian itu dititipkan untuk mengukuh iman kita. Terima dengan hati terbuka dan sangka baik dengan Allah. Kita akan temui ketenangan hati, insya-Allah. Semoga Allah redha. Sampai maut menjemput kita....
Terima kasih yang tiada terhingga pada semua sahabat sahabat dan insan insan yang berhati mulia di luar sana yang sudi membantu.Saya hanya mampu kirimkan doa,semoga diberikan kesihatan yang baik,dianugerahkan usia yg berkat,dimurahkan rezeki yg melimpah ruah,diberikan kesejahteraan dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.moga di bulan yang mulia ini mendapat pahala,rahmat,ganjaran,keberkatan, dan keredhaan dari Allah Taala.amin.
Jutaan terima kasih Eriqayzz com,blog HafizRahman,kerana sudi dan bersungguh untuk membantu akak dan anak anak.Membuat poster untuk membantu akak,tiada kata yang dapat di luahkan melainkan hanya doa.Juga sahabat sahabat yang sudi memanjangkan entry mengenai saya dan anak anak untuk membantu bermula dari blog kak azatiesayang.blogspot.Jutaan terima kash byk2 yang tiada terhingga.Kasih Sayang Allah amat luas,digerakkan hati insan insan yang berhati mulia untuk membantu.Ya Allah,Ya Rahman Ya rahim,lindungi dan payungilah mereka dunia akhirat .Jauhilah mereka dari sebarang musibah..amin.Moga mendapat pahala,rahmat,ganjaran,keberkatan dan keredhaan dari Allah Taala di bulan ramadhan ini.amin.