Life is test...the one who kneels to Allah (Taala) can stand up to anything. Hidup tidak selamanya indah..dan tidak selamanya menongkah langit..dan tidak selamanya langit itu mendung,penuh dengan awan...hidup ibarat roda,tak selamanya berada di atas dan tak selamanya berada di bawah. Kasih mama pada anak anak sehingga hujung nyawa..Bertabahlah wahai permata hati mama menghadapi ujian Ilahi.Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasihani.Kita ada Allah,Allah itu dekat..
19 September 2011
dugaan sakit pd Aiman,membuat mama perlu lebih cekal
17 September 2011
Semoga masih belum terlambat untuk mengucapkan salam aidilfitri buat para blogger,pembaca dan kenalan.Maaf zahir batin jika ada terkasar bahasa dan salah silap.
26 August 2011
Beberapa kes demam denggi di area kubang kerian
Risiko Penerimaan darah...
Terdapat juga keadaan di mana penderma menderma darah dalam masa ‘window period’ ataupun masa pengeraman. Window Period marupakan satu tempoh masa antara waktu kuman/virus memasuki badan hingga ke waktu badan menghasilkan antibodi untuk menentang kuman/virus tersebut.
Oleh itu penderma yang baru dijangkiti kuman/virus sesuatu penyakit dan menderma darah ketika waktu window period, ujian darahnya kemungkinan besar menghasilkan keputusan negatif (kehadiran kuman/virus gagal dikesan).
Dalam keadaan tersebut, walaupun ujian darah menunjukkan darah yang didermakan itu bebas dari jangkitan kuman/virus, risiko penderma tersebut merebakkan kuman/virus kepada penerima melalui pemindahan darah wujud.
Darah yang dipindahkan tidak sesuai dengan sistem daya tahan badan penerima
Kadang-kadang darah yang dipindahkan boleh menyebabkan penerimanya mengalami kesan sampingan walaupun ujian keserasian menunjukkan darah penderma dan darah penerima adalah serasi. Ini kerana Sistem Daya Tahan Badan (immune system) penerima tidak dapat menerima darah tersebut dan dengan itu mengakibatkan kesan sampingan selepas pemindahan darah