09 February 2011

Indahnya derita




Luahan dalam blog ni,bukan untuk meminta simpati.setiap luahan di sini harapan dapat dikongsi bersama..Juga dijadikan ikhtibar..dan renungan buat insan lain.Baru balik dari husm,ditahan di wad sementara hari ini,demam panas dan kurang darah merah,kurang air..Mata tak dapat nak lelap,hati rasa sayu..Kadang2 merasakan indahnya derita..menahan tangis dalam sebak,sebak yang tidak dapat diluahkan dengan sebarang kata.Betapa bernilainya erti kesabaran.

08 February 2011

Hari ahad,temujanji bersama pakar neuro dan semalam(isnin) bersama pakar gastro dan Dr menerangkan bahawa keadaan saya yg makin tidak stabil disamping keadaan kesukaran untuk mengambil makanan kini.Dr telah memutuskan untuk membuat repeat scope atas dan bawah serta Barrium secara serentak dan saya sudah dimaklumkan bahawa kesemua prosedur ini harus dijalani secepat mungkin dan saya sendiri tiada keupayaan untuk menangguhkan prosedur ini.

Saya amat2 berharap sokongan,semangat dan doa dari teman2 agar saya mampu menghadapi ujian ini dan mampu menempuhinya tanpa menghadapi kesukaran serta mempunyai kekuatan secukupnya dalam prosedur ini.Saat ini pelbagai persoalan masih bermain di fikiran dan semestinya anak2 menjadi keutamaan...Mana satu saya perlu utamakan?walaupun dr mengesyaki saya menghidap barah perut atau usus berdasarkan simptom2 yang saya alami,saya tidak akan dapat menerimanya selagi pengesahan yang tepat belum saya terima.Moga2 saya dijauhkan dari penyakit apa yang disyaki dr.



06 February 2011

Kasih isteri penguat suami

Apabila kita merasa susah dan derita,renung dan lihatlah sekeliling kita..Masih ramai yang lebih derita.Keperitan dan kesukaran bukan untuk ditangisi...Mari kita renungkan..Ingin berkongsi satu kisah.Dalam berulang alik ke hospital,saya dapat melihat dan berkongsi beberapa pengalaman.Rasa tersentuh hati,seorang isteri yang benar2 tabah dan amat menyayangi suami yang sedang berjuang dalam kesakitan,Suami menghidap penyakit tumor otak.Pasangan ini masih muda dan ank2 masih kecil..Yang sulung baru darjah satu,yang kedua lima tahun,dan yang ketiga baru setahun lebih..Mereka berasal dari terengganu.

Penyakit yang dihidapi datang tiba2,sebelum ni katanya kerap pening..Bila ke hospital doktor kata tekanan darah rendah,namun apabila keadaan sudah semakin kronik barulah tindakan lebih terperinci diambil.Keadaan penyakit yang agak kronik,serta situasi kewangan yang amat terbatas amat-amat menyukarkan keadaan.Saya masih berasa kagum atas kasih sayang yang amat erat dan mendalam dalam keluarga ini,si isteri sentiasa memberikan kata positif dan sentiasa menemani dan memberikan sokongan tanpa batasan walaupun masih mempunyai tanggungjawab pada anak2 yg masih kecil.

Sepanjang mendapatkan rawatan radioterapi HUSM,keluarga ini tinggal di rumah tumpangan milik HUSM namun apa yang saya kagumi adalah kecekalan dan ketabahan si isteri dan semangat si suami yang sanggup berjalan ke tempat rawatan yg agak jauh tanpa sebarang kenaikan demi untuk berusaha bangun dan sihat kembali.Si suami pernah terlantar selama sebulan lebih selepas prosedur pembedahan kecil di kepala,namun semangat dan dorongan kasih si isteri mampu membuat si suami bangkit walaupun belum mampu berjalan secara normal dan pergerakan yang agak lambat,itu sudah menunjukkan perkembangan positif bagi keluarga ini dan insyaallah semoga si suami mampu sembuh kembali....

Walaupun mereka dihimpit kesusahan dan kesukaran yang amat,sehinggakan si isteri pernah berkata,kalau nak ikutkan patah semangat,dah lama patah semangat kerana ianya cukup2 menguji kekuatan dan jiwa.Namun mereka yakin pada ketentuan Allah Taala dan redha akan ujian yang harus ditempuhi.Keluarga ini yang berasal dari sebuah kampung di Terengganu,dapat meneruskan rawatan setelah ajk kampung membuat kutipan amal untuk membantu mereka..Walaupun jumlah itu masih jauh daripada kos rawatan sebenar sekurang2 ianya dapat membantu meringankan bebanan kesakitan yang ditanggung.Si suami sudah tidak mampu lagi melakukan kerja2 berat.Moga diberikan jalan dan diringankan penderitaan mereka.

Lebih ramai lagi insan yang lebih derita,bersyukurlah dan ujian yang datang itu memberikan kesedaran dan kekuatan untuk hari mendatang..

Moga ada yang sudi dan dapat membantu meringankan beban keluarga baby Qistina

Dicopy dari blog puan zue...
Sedikit info tentang bayi malang ini. QISTINA BALQIS MAISARA..berusia 3 bulan dan dilahirkan di hospital Manjung, Perak. Baby Qistyna ini mempunyai masalah jantung berlubang, sumbing dan juga mempunyai masalah paru paru. Kini, Qistina sedang menerima rawatan di HUKM.

Moga ada yang dapat membantu anak kecil ini dgn sumbangan ikhlas ke akaun :

AKAUN MAYBANK : 114160850396
NAMA : SITI MAISALMAH BINTI MOHD KAMIL
(Ibu kepada Baby Qistina Balqis)
H/P : 017-3476764

Perit melihat penderitaan dalam melawan kesakitan terutama lagi anak kecil yang tak pernah mengenal erti hidup..Semoga diringankan segala kesakitan dan diberikan kesembuhan.amin.


Sesiapa blh copy paste entry ni,... sama2 kita membantu kluarga baby Qistina...Kalau tak dapat membantu,sekurang2nya dapat membuat entry mengenai baby Qistina ni,moga2 ada yang dapat membantu mengurangkan beban keluarga baby Qistina ni. smoga sumbangan anda sedikit sebyk dpt membantu... Insyaallah...

04 February 2011

Petua Kesihatan untuk semua

Tips Kesihatan 1

Kesihatan adalah nikmat ke-2 selepas nikmat iman. Apabila kita sakit baru kita tahu mahalnya nikmat tersebut.Sebenarnya Islam lebih advance dalam membicarakan hal ehwal kesihatan.

Rasullulah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya .Ikut diet Rasullullah ini. InsyaAllah kita tidak akan sakit perut atau keracunan makanan....

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CONTOH ( KOKTEL )
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# Jangan Sesekali Tinggal Makan Malam. Sesiapa Yang Tinggal Makan Malam Dia
Akan Dimakan Usia & Kolestrol Dalam Badan Akan Berganda.

Tips Kesihatan 2

KENAPA KLORIN DIGUNAKAN UNTUK MERAWAT AIR?

Air untuk kegunaan manusia mengandungi ratusan mikroorganisma yang mungkin mencetuskan penyakit bawaan air seperti taun, kepialu dan disenteri. Justeru, klorin digunakan dalam air minuman untuk mengawal penyebaran penyakit bawaan air.

Para pengguna di seluruh dunia dinasihatkan memasak air minuman sebelum diminum supaya klorin dalam air dapat tersejat keluar. Ramai pengguna tidak sedar bahawa untuk memastikan semua klorin disingkir, air mesti direbus lebih dari 20 minit pada suhu 100ÂșC.

Tips Kesihatan 3

KEPENTINGAN AIR BERALKALI

Pemakanan yang tidak sihat seperti makanan bergoreng, banyak lemak, kandungan garam dan gula yang tinggi, minuman air bergas dan gaya hidup yang kurang bersenam dan tekanan hidup menyebabkan sel-sel, tisu-tisu, organ-organ, sendi-sendi dan seluruh tubuh badan akan berasid. Masalah ini boleh diatasi dengan meminum banyak air beralkali.

Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh kerana ia dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan. Untuk makluman, Air Zam-Zam adalah air beralkali dan mengandungi banyak mineral.Sudah tentu ada hikmah kenapa Air Zam-Zam bersifat alkali.

Tips Kesihatan 4

SARAPAN PAGI KUATKAN OTAK

PETUA orang tua-tua, untuk kekal sihat dan langsing, mesti jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif dan memiliki daya tumpuan lebih baik.

Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat akan membekalkan tenaga,

Selain itu, pengambilan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus.Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja.

Tips Kesihatan 5

Memilih Makanan Yang Sihat

Memilih makanan yang sihat serta risiko mendatangkan penyakit yang rendah untuk kanak-kanak adalah satu perkara yang bukan mudah. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu dikurangkan sebanyak mungkin.

Donat
Setiap Donat mengandungi 200 hingga 300 kalori yang kebanyakannya dipenuhi dengan pelbagai jenis lemak dan trans-fatty acid yang boleh tersumbat dalam saluran-saluran arteri.

Nugget ayam
Makanan ini penuh dengan lemak yang biasanya menyebabkan darah tinggi untuk orang dewasa.

Kentang goreng
Mengandungi lemak yang cukup tinggi dan hanya sedikit mengandungi vitamin.

Kerepek atau keropok
Sebahagian besar kandungannya ialah lemak, sodium dan kalori kosong.

Minuman perisa buah
Rata-rata minuman jenis ini hanya mengandungi 10% jus buah, bakinya adalah air dan pemanis. Zat-zat dalam jus buah akan lenyap akibat dicampur dengan air dan pemanis. Jadi, makanlah buah-buahan yang segar atau jus buah yang diperah sendiri.

Minuman berkarbonat
Dalam satu botol atau tin minuman berkarbonat, ia mengandungi hampir 10 sudu gula. Malah, kanak-kanak yang lebih suka minum minuman ringan yang dikatakan mengandungi susu sebenarnya, tidak memperoleh kalsium yang mencukupi untuk tumbesaran tulang-tulang mereka.

03 February 2011

Tip Orang Soleh

Orang Soleh hidupnya sentiasa tenang,apabila ditimpa musibah dia akan bersabar kerana di sana ada lagi orang yang lebih susah daripadanya.Orang Soleh apabila didatangi sifat marah ketika berdiri,dia akan duduk serta mendiamkan diri,dan berwuduk untuk menghilangkan rasa marah...

Seandainya...

Ayat yang diperkatakan mengajar kita suatu petunjuk yang lain,iaitu agar kita menghindari sikap berandaian.Sikap ini selalunya diwakili oleh banyak kata dan kalimat seperti andaikata', seandainya', kalau saja', dan lain2 lagi.Tetapi tidakkah kita perhatikan bahawa semua itu mengarah pada hakikat yang sama,iaitu penolakan terhadap apa2 yang telah terjadi sambil mengajukan pendapat kita sebagai alternatif yang lebih baik dan seharusnya diambil (tapi sayangnya tidak).Perkataaan2 itu menjadi beban kepada kita dan semakin bertambah,renungkanlah kerana sikap berandai2 muncul setelah berprasangka buruk kepada Allah terhadap ketetapannya.

Ketika ketetapan Allah tidak memberikan kebaikan satu prasangka negatif mungkin terlintas dalam hati kita dalam prasangka negatif ini,secara sedar atau tidak telah menyifatkan Allah dengan sifat2 buruk dan tidak layak di dalam prasangka tersebut.Kita akan mempersoalkan,memperlekehkan,dan berasa sangsi akan hal2 yang buruk yang telah terjadi.Lalu terdetik di dalam hati "Mengapa Allah menetapkan hal ini?", "Mengapa saya yang harus ditimpa musibah seperti ini, "Dimanakah keadilan Allah, "Adakah Allah telah melupakan dan meninggalkan hambanya ini? " Mungkin ini yang sentiasa bermain di fikiran kita apabila ditimpa sebarang musibah atau keadaan yang tidak menyenangkan buat kita.

Setelah berprasangka,kita beralih pula kepada prasangka terhadap takdirnya.Dan ini merupakan kebencian yang bergelojak di dalam hati atau pun umpatan yang keluar dari lisan kita.Sikap ini boleh jadi muncul dari kebiasaan yang terbentuk sejak kecil atau pada masa jahilliah,sebelum kita hijrah pada keimanan dan amal soleh atau kerana kejahilan kita pada atas larangan ini.Oleh itu seseorang muslim atau muslimah perlu memastikan kebiasaannya agar selaras dengan ketentuan Allah dan Rasulnya.Setelah itu,mungkin akan muncul pada fikiran kita kata2, "Seandainya......"Dengan munculnya perkataan ini bererti ibarat kita menyempurnakan dakwaan kita terhadap ketetapan Allah.Padahal itu semua tidak sedikit pun mengubah ketetapan Allah.