30 July 2012

Pohon maaf banyak banyak..,,

Pohon maaf byk2 jika ada comment yang belum reply..Untuk menaip juga saya gagahkan diri tapi saya amat 2 menghargai segala doa,sokongan.nasihat,dan bantuan..Setiap kali saya membaca comment dari sahabat sahabat,menitis air mata saya, terbit semangat2 dan kekuatan dalam diri..Terima kasih banyak banyak yang tiada terhingga.Jika sesiapa yang melihat sendiri keadaan dan fizikal saya,mesti terkejut..Kini tinggal kulit dan tulang.Teramat amat kurus...tapi untuk anak anak akan cuba bangkit..Selagi bernafas,hargailah peluang yang Allah masih berikan.


Kuasa Allah belaka,moga diberikan kesembuhan dan keaijaban di bulan ramadhan ini.Ada sinarnya nanti..Amin.Munajat dalam syahdu padaMu Ya Rabb..



Di sebalik derita..

Allahuakhbar....


Kesihatan makin tidak stabil..demam yang agak tinggi dah hampir 3 hari.Kaki makin teramat sakit.Benar2 menguji untuk bergerak.Untuk naik ke kerusi roda juga amat menguji.Berapa kali terjatuh kerana tiada daya..Untuk melakukan sesuatu benar benar kena gagahkan diri..Pagi ni tersungkur di dapur bersendirian...Terkedu dan menahan segalanya dalam sendu yang tidak terluah.Pada siapa untuk di pinta membantu kudrat hanya kudrat aiman.Bila terdengar mama jatuh,berlari lari mendapatkan mama.Aiman juga kini demam,jangkit mama kut.


Sepatutnya ke Husm untuk masukkan ubat,tapi tiada daya sangat pagi ini..Untuk bangun duduk pun amat lemah..mungkin sebab demam..Luahan ini bukan meminta simpati,ini luahan hati dan rintihan hati seorang ibu dan seorang pesakit yang masih belum berputus asa untuk bertarung dengan kesihatan.Kini hanya mampu terlantar dan terbaring.Segalanya di lakukan sendiri walau dalam seribu kepayahan.Untuk memasak,mandi,solat amat menguji..kadang kadang berapa kali tersungkur bersendirian.Terkebil kebil untuk cuba bangun.Betapa bernilainya kudrat.


Untuk di keluh rugi kerana ini ujian Allah..Menangis bukan kerana tidak redha tapi cuba mencari kekuatan..Alhamdulillah dan insyaallah..


Yang menyedihkan,ada ketikanya memerlukan bantuan kudrat,terutama jika benar benar tiada daya,untuk solat...Ujian.kalau terbaring,terjatuh,segalanya kena gagahkan sendiri..Kadang kadang segalanya rasa kosong tapi masih cuba bangkit..Hati hiba dan amat sebak bila memikirkan ketidakupayaan diri.Tiada nikmat dan tiada yang lebih bernilai melainkan nikmat kesihatan dan memiliki kudrat..


Untuk di gagahkan dengan tongkat ada kalanya tidak mampu..mengengsot dan merangkak seperti anak kecil.Bertarung segalanya dengan kesakitan,emosi..bukankah sebagai insan biasa kita nak di beri perhatian,di jaga ketika sakit,.nak tenang dari segalanyakan...hati seorang pesakit ni amat amat halus sebenarnya,mudah tersentuh tapi sebagai seorang single mother dan seorang pesakit,semua itu perlu di tolak ketepi..Ketepikan emosi..Anak anak perlukan mama..


Walaupun ujian ini tak terluah tapi Allah Maha Mendengar..bantuan dari Allah dari insan insan yang perihatin dan berhati mulia di alam maya..Sungguh hati ini benar benar tersentuh dan amat amat2 menghargai dan berterima kasih..Hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan.Di bulan mulia ini moga mendapat pahala,ganjaran,rahmat dan keberkatan dariNya...


Yakinlah dan pergantungan terus pada Allah..


Zikir dan istiqfar jangan putus...Allah sentiasa bersama..











27 July 2012

Jutaan terima kasih yang tiada terhingga,hanya doa yang dapat dikirimkan..

Syukur alhamdulillah pada Allah Taala,deraian air mata dan kekhusyukan merintih di setiap malam, moga diberikan kesembuhan dan keajaiban dari Allah.Walaupun tika ini kaki masih teramat sakit dan semakin lemah.Pendarahan tiada hentinya.Kaki yang semakin lebam tanpa jawapan dari doktor.Meniti hari dengan seribu kepayahan dengan kaki yang tidak berdaya dan badan yang semakin lemah.


Terkedu,deraian air mata,betapa bersyukurnya yang tiada terhingga kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasihani.Benar benar bersyukur pada Allah kerana mengerakkan hati dan membuka pintu hati insan insan yang berhati mulia untuk mendoakan,membantu menolong,dan menghulurkan bantuan.Allah Maha Mendengar,betapa kasih sayang Allah amat luas.Semoga Allah menambahkan pahala,rahmat,ganjaran dan keberkatan di bulan ramadhan ini pada insan insan yang berhati mulia yang sudi membantu saya dan anak anak.Semoga diberikan kesihatan yang baik,dianugerahkan usia yang berkat,dimurahkan rezeki yang melimpah ruah,diberikan kesejahteraan dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.moga berjaya dunia akhirat.amin.


Sungguh amat terkedu,terkejut dan amat berterima kasih yang tiada terhingga dengan doa doa,sokongan dan bantuan bantuan yang di hulurkan pada saya dan anak anak..Saya doakan dan akan sentiasa doakan pada insan insan yang berhati mulia ini.Moga Allah membalas setiap doa,sokongan,bantuan yang di hulurkan dan setiap kebaikan..Amat amat saya dan anak anak hargainya.


Terima kasih banyak banyak yang tiada terhingga pada semua sahabat sahabat yang mendoakan,sokongan ,kesungguhan membantu dan bantuan yang di hulurkan.Subhanallah..sesungguhnya anda semua berhati mulia dan moga akan mendapat pahala yang lebih,rahmat,ganjaran,keredhaan,keberkatan di bulan mulia ini.amin.


Moga ada sinar untuk saya dan anak anak di bulan mulia ini.amin.


Sesungguhnya,Allah Maha Mendengar setiap rintihan hamba hambaNya.Syukur alhamdulillah.Terima kasih Allah.

25 July 2012

Ramadhan kali ini...

Ramadhan kali ini banyak menguji keimanan dan ketakwaan namun begitu mungkin akan ada satu hikmah daripada Allah swt..Moga di bulan yang mulia ini dapat memberi sinar dan keberkatan kepada diri yang sedang bertarung dengan kesakitan.Bulan yang mulia ini pasti dan yakin akan ada kuasa Allah untuk meringankan dugaan dan cubaan dari Allah..Allah Maha Mengetahui segala sesuatu..


Walaupun kesihatan masih lagi pada tahap yang sama,pasti suatu hari dalam bulan ramadhan ini akan ada hidayah dan petunjuk dari Allah mengenai penyakit ini.Insyaallah..


Hari hari yang di lalui dengan mengahadapi ujian Allah yang agak hebat tapi bersyukur di atas ujian ini.Untuk di luahkan tidak terluah tapi percayalah kasih sayang Allah itu amat luas..


Hanya pada Allah saya memohon dan berserah segalanya..Janji Allah itu pasti..


Kasih sayang pada anak anak melebihi segalanya...

24 July 2012

Berjuang dan terus berjuang pada penyakit yang tidak di ketahui..

Berjuang dan terus berjuang pada penyakit yang tidak di ketahui..

Masih lemah...


Aiman kat luar tak boleh masuk bilik ni,bilik ni ada rawatan kimoterapi untuk pesakit pesakit barah..Sedih tengok insan insan yang sedang bertarung dan berjuang dengan kesihatan di bulan ini..
Sesekali aiman buka pintu bilik rawatan,mama lambat lagi ke? Cepatlah mama..

Ubat ni 500 ml selama 4 jam,sebelum ambil darah dulu,berbotol botol lagi di ambil.

Apa khabar sahabat sahabat?Semoga di berikan kesihatan yg baik dan segala amalan dan amal ibadah di bulan mulia ini di terima dan mendapat keberkatan dari Allah swt.amin.Saya masih lagi bertarung dan berjuang dengan masalah kesihatan.

Semalam appointment dengan Hemato,klinik Day Care untuk di masukkan ubat iron sucrose,venofer 500 ml selama 4 jam..Ada sedikit alahan selepas masuk ubat.Tapak kaki jadi sembab..Mengagahkan diri dengan segala ujian ini.Moga ada sinarnya nanti..Janji Allah itu pasti..

Ya Allah..Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui Segala sesuatu...Kekuatan dan ketabahan dariMu..



21 July 2012

Selamat berpuasa..

Selamat berpuasa...

Kesihatan masih lagi seperti begini mungkin Allah belum izinkan lagi,insyaallah suatu hari nanti moga penyakit saya ini mendapat pertolongan dan keizinan dari Allah..

Nikmat dan cahaya ramadhan tetap bersinar walau dalam keadaan begini..


Bulan yang mulia ini mungkin akan memberi suatu hidayah pada saya yang sedang menanggung kesakitan..Moga mendapat pertolongan Allah dan sahabat sahabat yang memahami kesakitan yang saya alami.


Pada sahabat sahabat yang memahami,moga pada bulan mulia ini mendapat rahmat dan ganjaran yang besar serta keberkatan dari Allah Taala.amin.


Allah tidak akan menguji seseorang di luar kemampuannya...Insyaallah..Kuasa Allah,kehendak Allah,Pemberian Allah..


Terima kasih Allah di atas ujian ini...Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah aku kekuatan untuk menempuh dugaan daripadamu dan aku yakin dengan keimanan dan kekuatan daripada Allah,Allah akan memberi  kesembuhan dan kesihatan yang baik.Amin.

20 July 2012

Selamat menyambut ramadhan




Selamat menyambut ramadhan kepada semua sahabat sahabat. Semoga ramadhan kali ini lebih membawa erti kepada kita semua..


Maaf banyak banyak kesihatan masih lemah,gagah gagahkan diri untuk anak anak..

Buat semua sahabat sahabat yang sudi membuat entry mengenai saya dan bertungkus lumus memanjangkan cerita mengenai saya untuk membantu saya dan anak anak,saya ucapkan jutaan terima kasih banyak banyak banyak.Hanya doa yang dapat saya kirmkan..Hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan..


Buat semua sahabat sahabat yang sudi membantu dan beberapa hamba Allah yang saya tidak ketahui membantu dalam diam,saya ucapkan jutaan terima kasih banyak banyak di atas doa,keperihatinan,sokongan dan bantuan yang di hulurkan.saya doakan semoga diberikan kesihatan yang lebih baik,dianugerahkan usia yang berkat,dimurahkan rezeki yang melimpah ruah,diberikan kesejahteraan dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.moga dijauhi dari sebarang penyakit merbahaya dan sebarang musibah.amin ya rabbal alamin.


Terima kasih banyak banyak.Saya amat2 menghargai segala sokongan dari sahabat sahabat semua dan segala pertolongan.Hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan.Terima kasih yang tiada terhingga...Moga mendapat rahmat,ganjaran serta keberkatan dari Allah Taala.amin.


Syaaban pergi tidak terasa,ingatan murni pada yang ada,bersihkan jiwa sabar berpuasa,ramdhan membawa pahala berganda..Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak..



19 July 2012

Discharge

Minta discharge..terkejut doktor..Minta balik dulu..Merayu dengan doktor minta balik dulu kasihan anak anak.Kasihan aiman.Pesan doktor,jika keadaan makin teruk segera ke hopital kerana darah memang tak stabil takut collapse di rumah.Kaki masih tiada jawapan.Berbotol botol darah di ambil.Doktor hanya tunggu untuk buat Bone Marrow Biopsy dan Ogds semula..Saya memohon buat lepas raya..Tunda lagi.Takut selepas test test tu saya makin lemah.Kasihan anak anak..Kesihatan sejak balik dari hospital amat lemah..Minggu depan appointment dengan hemato untuk masuk ubat tambah darah.


Kaki makin tak boleh lurus,bengkok.Bila berpijak tak boleh..Anak anak yang memapah.Tongkat pun tak mampu di gunakan...


Puasa dah dekat,kasihan anak anak tapi mama nak ada dengan anak anak.Bagaimana makan minum nak berbuka?Sahur?Walau mereka cukup cukup ala kadar tapi mama mesti nak pastikan anak anak dulu walau mama tiada kudrat.Tak tahula kesihatan mama ni..Nak bangun pun anak anak yang tolong papah.Masih pening..Dan kini mama seperti bayi terpaksa memakai pampers...


Kaki makin tak boleh berpijak dengan tapak kaki,tak apala,alhamdulillah ujian dari Allah,insyaallah..


Benar benar nak kena kuatkan semangat..Tiada yang lebih bahagia bila menatap wajah2 tulus anak anak..Doa dari mama sentiasa mengiringi..

Kelu...




Kelu untuk berkata kata..kaki makin tak boleh nak berpijak tanpa di ketahui apa punca..Jadi bengkok..Tak boleh nak luruskan kaki untuk berpijak..Puasa dah dekat sangat..
Sebak dan sayu hati..inilah ujian..

Myelodysplastic syndrome

Doktor suspect penyakit ni..masalah darah yang kerap kurang.untuk confirm tetap kena buat Bone Marrow Biopsy..

The myelodysplastic syndromes (MDS, formerly known as preleukemia) are a diverse collection of hematological (blood-related) medical conditions that involve ineffective production (or dysplasia) of the myeloid class of blood cells.
Patients with MDS often develop severe anemia and require frequent blood transfusions. In most cases, the disease worsens and the patient developscytopenias (low blood counts) due to progressive bone marrow failure. In about one third of patients with MDS, the disease transforms into acute myelogenous leukemia (AML), usually within months to a few years.[1]
The myelodysplastic syndromes are all disorders of the stem cell in the bone marrow. In MDS, hematopoiesis (blood production) is disorderly and ineffective. The number and quality of blood-forming cells decline irreversibly, further impairing blood production.

18 July 2012

Seperti bayi...

Mama dah jadi macam bayi semula,doktor suruh pakai pampers...Susah untuk awak ke tandas..Kaki makin tak boleh berpijak.Bengkok dan bila berpijak,tersungkur..Doktor tiada jawapan..Penyakit mama dah mudarat anak anak..Di hospital sunyi sepi tanpa sebarang pelawat yang menziarahi melainkan kakak kakak ipar yang datang datang melawat bekas mak mertua.Katil yang tidak jauh,mereka datang juga menjenguk..Menitis juga air mata...


Kelu lidah untuk meluah,untuk berkata kata bila kaki semakin tak boleh berpijak.Berkali kali memberitahu doktor yang hampir pitam bila cuba berpijak lama sikit.Tapi doktor juga kelu..


Bayangkan apa yang mampu di lakukan di hospital sendirian dengan anak kecil..Bagaimana nak ke tandas?Mandi?Solat,sedang uzur.Tiap tiap pagi dan petang gagahkan diri turun ke bawah,ke kantin mencari makanan untuk aiman.Bertolaklah dengan wheel chair.Kata Aiman..Mama janganla guna tangan mama,biar aiman tolak mama,nanti mama sakit lagi..Menitis nitis lagi air mata ni.Wahai sayang mama,kuatkah kudrat aiman yang masih kecil.Tapi betapa gigih dan semangatnya untuk membantu..


Anak yang tidak banyak ragam..Hati mama sebak,mama tak boleh elak perasaan sendiri.Dengan ujian ini mama hampir tersungkur dalam diam..


Bila aiman lihat mama menangis,aiman boleh menasihati mama,jangan nangis lagi mama,nanti mama sakit.Aiman sayang mama.Aiman ada mama je.Lagila sebak..Aiman makin memahami keadaan.Bagi mama,aiman anak yang cerdik..Semalam aiman lihat mama menangis sehingga sesak nafas oleh kerana sesuatu yang amat menguji hati dan perasaan.Aiman pegang tangan mama dengan air mata yang juga bergenang nak menangis..


Bila buat test test di bilik rawatan,aiman duk kat luar sorang2 tanpa banyak ragam..

Dugaan tiada hentinya..

Darah merah turun lagi..

Tidur dengan mama,bosan dan penat agaknya..

Duk atas kerusi roda..Sabar menanti

Takut aiman jatuh bawah..

Tak banyak ragam aiman

Kasihan pada anak anak..terutama aiman

Mama tak leh lena mana takut aiman jatuh..


Pakar pakar masih tidak mengetahui kenapa kaki ni..tiada jawapan..Hb drop lagi baru lg masuk 1 pint..Kena setuju untuk bone marrow biopsy..Takut nak buat,takut makin lemah,kasihan pada anak anak..Dari semalam bertubi tubi di duga dengan sesuatu yang amat menyedih dan menyayat hati..Sesuatu dari insan tertentu.Air mata dan kejutan membuatkan penyakit yg sedia ada bertambah melarat..

Dari pagi tiada daya sangat,makin berjuang makin ia menguji..Jangan mempersendakan orang yang sedang kesakitan dan sedang berjuang untuk terus hidup..

p/s: cuba upload gambar dan buat entry dlm kesihatan yg amat tidak mengizinkan..Jika ada commemt yg belum reply.nanti sy reply ya.terima kasih byk2 pd doa,sokongan,bantuan dan segala keperihatinan.amat2 sy hargainya.Hanya Allah yg dpt membalasNya.amin.

17 July 2012

Belum dapat discharge..

Aiman duk main game..

Bubur nasi dengan sup ayam..



Tadi doktor pakar datang round,kata pakar, patient ni kena betul2 fokus..kena workout semua...Jangan bagi discharge dulu..Pesakit keluar masuk without diagnose...Pucat n jaundice..Berbotol botol lagi darah yang di ambil..Macam macam dengar doktor n pakar discuss..Tunggu Dr Hemato buat review..


Hati risau,teringat kat anak anak yang di rumah..Risau kat aiman di sini..Risau macam macam,tapi cuba di kuatkan diri..Tanpa komunikasi dengan siapa di sini,hanya bertemankan anak kecil.Manalah mengerti rintihan hati mama kan..Kuatkah hati mama bertarung semua ni?Bukankah hati ini cuma hati seorang insan biasa?


Kuatkan diri,sebak hati usah di layan..tapi sebagai insan biasa mesti ada ketikanya tak mampu kan..Mampu atau tidak,serahlah pada Allah.Pinta saya moga di beri kesembuhan dari Allah.amin.


Mana nak fikir mengenai persekolahan anak dan segalanya..hati menangis dalam diam.Bukan mengeluh,bukan tidak redha tapi luahan hati...


Sendirian dan sentiasa menyendiri...

Jumpa Pakar sakit puan n ultrasound kaki...


Semalam di bawa jumpa doktor sakit puan untuk check rahim.Doktor masukkan playar mulut itik..Terasa sakit gak sikit..Dalam keadaan pendarahan lagi..Doktor sakit puan ramai lelaki sekarang,yang check ni pun doktor lelaki..Tiada pilihan untuk memilih doktor...Jika doktor perempuan yang lakukan..Kalau hospital swasta bolehla.Manala mampu nak ke hospital swasta..



Ultrasound kaki..


Tiada saluran yang tersumbat,everything is normal.Tak dapat kesan lagi kaki ni...

Scan perut pun sama,rahim tak de masalah langsung..Sering pendarahan yang banyak tapi tiada fibroid atau masalah lain..Susah nak kaji penyakit..Entah apa lagi test yang doktor nak buat.Yang paling risau,Bone Marrow Biopsy tu..yang tu last sekali..



16 July 2012

Dapat online....




Laptop lama wat niaga online dah patah tapi boleh guna lagi..boleh bawa mana mana sebagai teman juga ni..Dapat online dari wad hospital..tapi kesihatan tak berapa mengizinkan mencoret lebih.Banyak yang nak di coret, di luah..Sesorang dengan anak kecil di atas katil..Pelbagai perasaan yang menghantui diri.Tengok kiri kanan penyakit yang berat berat sahaja tapi tidak berjangkit.


Sedih melihat mereka yang bertarung dengan kesakitan..Bertarung untuk hidup...Terkejut ternampak bekas mak mertua selang beberapa katil..Tersentuh hati melihat..Tak sangka boleh berjiran dalam wad..Nenek Bob dan alia erisha...



di wad HUSM

Aiman  makan bubur nasi hospital..sudu pun tak de..Kesiannyala...

Besar baju wad..ye la badan terlalu kurus..

Bubur nasi dengan ikan bakar

Sebagai insan biasa kita tetap memerlukan bantuan kudrat kan..bila kat hospital macam ni..tapi nak buat macam mana kan..Risau macam macam..Doktor nak buat ultra sound dekat kaki...Masih keliru..

Di tahan di wad 7 Husm

Di tahan di wad 7 Husm dari semalam,darah yang di masukkan sebelum ni drop lagi.Semalam doktor masukkan 1 pint lagi..Platlet makin low semula..Tak dapat balik..Berbotol botol darah di ambil.

14 July 2012

Wheel chair dan tongkat...

Wheel chair dan tongkat,temanku dulu dan kini.
Hanya mampu bergerak dengan wheel chair,tongkat belum dapat di gagahkan kaki ni..(gambar lama)..Tapi tidak dapat bertahan lama duduk.
Cuba untuk menggunakan tongkat..Cuba dan cuba,nak duduk lama pun tak boleh lagikan berdiri tapi kena cuba.Cuba dan cuba..Kasihani Anak anak...Mama nak bangkit demi anak anak mama..Kudrat orang susah di rayu,moga mama ada kudrat sendiri dan mampu besarkan anak anak mama...

Yang ada warna coklat..dulu dengan tongkat empat kaki nilah duk berlatih berjalan..

Cabaran,ujian,dugaan demi cabaran

Cabaran,ujian,dugaan demi cabaran...kini hanya mampu terbaring dan terbaring.Bila terbaring macam ni,hati amat mudah tersentuh..Sedih dan amat sebak memikirkan keadaan diri dan anak anak..Untuk bangun benar benar kena gagahkan diri..Kena benar benar kuat semangat kalau tidak,tak tahula..Semalaman semalam menahan kesakitan dan tak boleh lena..Kaki teramat sakit seperti kena gigit pada sesuatu..Pagi ni makin membengkak.Penyakit ini amat misteri..ada mengalami mimpi yang amat pelik dan menakutkan.Sejak kebelakangan ni mudah rasa takut.Tak tahu takut pada apa..tapi dilawan segalanya.


Dengan kudrat sebegini makan minum sendiri dan anak anak amat terabai..Anak anak pun makan sekadar yang mampu.Buat masa ni yang senang dan cepat,maggie dan roti.biskut air.Kasihan si kecil aiman,sering cakap mama, aiman lapar..Cuba gagahkan diri mencari apa yang ada..Minta tolong orang luar kena upah,dalam keadaan begini segalanya kena berwaspada.Bukan meraih simpati,luahan hati seorang mama yang makin tiada kudrat..

Maafkan mama sayang...kudrat tiada.Sehabis daya..Ketika cuba melakukan apa apa saja kerja,makin lama makin berpinar pinar dan badan makin lemah.Cepat berpeluh peluh dan berdebar debar.Cepat cepat baring..wahai anak,sehabis daya mama cuba gagahkan diri,tidak mampu juga mama.Hati mama meraung tiada hentinya..Menggeletar mama menahan segalanya..

Hal dan masalah yang sama je merintih,mungkin yang tidak mengalami akan mudah bosan tapi sebagai seorang mama dan seorang pesakit kronik,tidak akan berhenti memikirkannya..kerana tanggungjwab dan masa depan anak anak dan segalanya di bahu ini...Untuk di luah pada insan tiada yang mendengar melainkan menulis..


Tapi Allah sentiasa mendengar...cuma lumrah sebagai insan tetap memerlukan seseorang sahabat untuk di luahkan.Allah ada..Kasih Sayang dan rahmat Allah itu luas..


13 July 2012

Ujian makin mencabar

Pagi ini makin di gagahkan makin tak dapat,belum berputus asa.Cuba melangkah,cuba berpijak,makin sakit tapi makin di gagahkan..Tapi sakit kaki ni amat pelik sakit sehingga ke dalam tulang..Makin berpijak makin sakit di peha,makin berat..Mata mula makin kabur,kepala jadi macam kebas..Memang belum mampu..Dah sehabis daya dan sehabis upaya..


Tika dalam menanggung kesakitan dan ujian yang Maha Hebat ini,ada juga yang mengambil kesempatan dan mempersendakan orang sakit...


Alangkah betapa bersyukurnya dan betapa Allah berikan kita pelbagai keistimewaan dan pelbagai nikmat..


Bersyukurlah jika masih memiliki kesihatan dan kudrat,ada ramai lagi insan yang sudah kehilangan nikmat nikmat itu...Sentiasa bersyukur ke hadrat Ilahi..













12 July 2012

Berubat dengan Ustaz Sharhan

Berubat dengan ustaz Sharhan Shafie semalam,seperti biasa ramai sangat orang.Kata ustaz selain dari ada unsur sihir dan gangguan,badan makin lemah dan tak kuat semangat sebab tekanan.Kejutan kejutan yang berlaku benar benar melemahkan saya.Tiada tempat untuk meluah.Bulan lepas dan bulan ini pelbagai dugaan yang benar benar menguji.Kejutan demi kejutan membuatkan diri tersungkur dalam diam..


Berkali kali tersungkur tapi cuba bangkit.Bangkit kerana anak anak,jika tidak kerana mereka amat sukar bertarung dan berjuang lagi.Ia amat pedih dan tidak terluah.Mampukah sebagai seorang insan biasa untuk menahan segala pancaroba seorang diri?Kekuatan sering di minta dari Allah.


Sejak banyak terbaring dan hanya mampu terbaring,sering tewas dengan emosi.Risau pada kesihatan yang begini dan amat sebak pada anak anak.Tangisan la yang sering menemani bila memikirkan anak anak...Dalam mama di uji sakit terlantar hanya kudrat anak anak yang bersusah payah.Tika ini anak anak,mama amat takut jika apa apa terjadi pada mama..Sehabis daya mama bertarung dan berjuang..Air mata sering mengalir bila memikirkan segalanya..Ingin tenang dari memikirkan semua ni,tapi apakan daya..Segalanya benar benar menguji.Renungan mata anak anak buat mama menangis ..Allahuakhbar..


Segalanya terbuku di hati..rintihan deni rintihan seorang mama,pesakit..Hanya Allah tempat berpaut..


Anak anak,hajat mama yang paling mama mohonkan,mama ingin berpeluang untuk membesarkan anak anak mama.Biarlah tanpa sesiapa.Ia adalah sesuatu yang paling bernilai...


Ya Allah berikanku peluang ini..amin.

11 July 2012

Rintihan seorang ibu,pesakit...

 'HIDUP UMPAMA RODA,ADA MASA KITA DIATAS,ADA MASANYA KITA DI BAWAH'

Kesihatan diri yg amat2 terbatas,keadaan diri sy sendiri memang sy tak dapat jangkakan.Rasa seperti akan collapse pd bila2 masa.Masih cuba senyum walau terasa pahit,masih cuba bersahaja walau menanggung ujian derita.......keadaan kaki yg makin berat,adakah kaki ini akan kaku kembali seperti masa lalu?Tak apalah,asalkan masih dapat melihat anak anak.Badan teramat kurus takut nak tengok wajah dalam cermin.Doktor tidak dapat mengenal pasti apa yang di tanggung sekarang..Doktor kata macam anoreksia dah fizikal ..Kulit dan tulang.bezanya tika lumpuh dulu,badan tidak selemah ini.Kesihatan kali ini hanya Allah yang mengetahui.
Buat teman diluar sana,sy pohon berikan sy doa dan suntikan semangat agar masih lg mampu menahan ujian ini kerana disebalik diri masih ada anak2 yg terlalu mengharapkan kehadiran insan ini disisi.Biarlah apa saja,biarlah selamanya di bawah,saya cuma ingin diberikan peluang untuk membesarkan anak anak...Kadang kadang ingin mencari dan mencuba rawatan yang terbaik selain di Husm tetapi segalanya terbatas..Hanya mampu berserah...
Kudrat makin terbatas,air mata teman segalanya.Kasihani anak anak gigih membantu mama yang makin lesu..Dengan kudrat si kecil cuba memapah mama dan membantu mama.Bila mama hampir terjatuh,cepat cepat datang papah mama..Kuatkah kudrat anak yang masih kecil..Hati mama sebak dan tersentuh..Jiwa mama meronta di dalam..Tapi apakan daya..Renungan mata anak anak penuh harapan pada mama..





Susu yang doktor suruh minum..usus terlalu nipis dan sukar hadam makanan.hanya boleh makan soft food sahaja.Kuih muih,roti segala makanan yang keras dan pejal tak mampu di makan.Makanan lain hanya mampu pandang dan ambil bau...Susu ni untuk Kekurangan zat.

Rintihan seorang ibu,pesakit..hanya yang mengalami dapat memahami dan merasainya..Tekanan pun boleh membuat penyakit makin mudarat..Memikirkan segalanya dalam keadaan begini...

09 July 2012

Tolong doakan

Tolong doakan kesihatan saya.Makin mudarat dan lemah..Kaki makin tak boleh berpijak.Benar benar tiada kudrat..Penyakit makin mudarat tapi tidak di ketahui.Untuk menaip amat lemah.Tolong doakan.


Berserah dan bertawakal pada Allah.Hanya Allah yang mengetahui..

Hidup ini JIHAD menuju ILLAHI


Hidup ini JIHAD menuju ILLAHI !! "....Sesungguhnya Kehidupan ini adalah tipu daya semata sedang Akhirat itulah kehidupan Abadi yang seharusnya terus-terusan di kejar.... "

...Jika dirimu dilanda kesusahan Bisikanlah harapan yang menjanjikan kepadanya Maka dengan janji itu dirimu akan menjadi senang. Perisailah dirimu dengan harapan Agar tidak putus asa Hingga kecemasanmu lenyap dimakan waktu. Tutupilah kesedihan dari teman-temanmu Ada orang-orang yang dengki Dan senang dengan penderitaan orang lain. Buanglah fikiran yang buruk terhadap segala sesuatu Kerana hal ini akan membuat yang bersangkutan Mati sebelum waktunya. Kecemasan itu tidak selamanya Mengongkong seseorang Sebagaimana kegembiraan pun Tidak selamanya menghiasinya...

Tiada daya dan upaya menahan segalanya tapi Innallaha ma'ana..


p/s: hanya mampu terbaring.tak dapat nak gagahkan badan..ujian dari Allah..sekurang kurangnya masih mampu melihat anak anak..moga kesembuhan dari Allah.amin. 


06 July 2012

Tangisan

Ujian Allah pada hambanya..Kaki makin sakit,makin tak boleh berpijak.Makin di gagahkan makin sakit dan makin lemah..badan makin lemah.Seboleh bolehnya tak nak lemah dan tak nak beritahu pada diri sendiri aku lemah tapi makin di gagahkan makin tiada daya.Redha dengan ujian ini Ya Allah tapi bantu hamba..Kasihani anak anakku..hanya mama tempat berpaut..Jika kaki ini tak dapat di gunakan,berikanlah ku kekuatan agar tidak terlalu lemah.Ya Allah,tangisan ni ibarat tak bererti pada insan lain.Bukan ku mohon simpati tapi bantuan kudrat..


Sejak kaki ni tak dapat nak berpijak,segala urusan anak anak dan di rumah tak mampu di lalukan.Ya Allah,tiada kudrat..Bukan mengeluh di atas ujian ini..


Hemoglobin mungkin masih low..kenapa makin di gagahkan makin lemah.Sakit apakah ini?Dr Ortho tak dapat mengenal pasti sakit ni,bahagian saraf pun sama.Hemato hanya ingin rawat berkenaan penyakit kurang darah dulu.Kaki ni kaki saya,saya yang menanggungnya..Jika doktor terlepas pandang..nasib anak anak saya.Doktor,bukan senang nak minta tolong kudrat orang..Kena merayu rayu,bila merayu rayu pun orang susah nak tolong.Hati menangis,remuk perit..Sakit2 pun kena merayu lagi..Kuat sungguh hati ni perlu bertarung..


Jika memiliki kudrat tak akan minta tolong,akan di usahakan sendiri..Bila badan lemah dan kaki tak mampu di gunakan,bagaimana nak uruskan segalanya.Jika badan ni tak lemah,walau kaki ni tak boleh di gunakan,akan cuba sedaya upaya untuk buat apa saja..Yang menyedihkan jika ingin ke hospital atau ke kedai untuk mencari keperluan untuk makan minum anak anak perlu mengupah orang untuk membawa.Kalau tak upah tak sudi membantu.Segalanya menguji dan tiada daya...Di persenda dan sinis..Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa masa depan kan..Semua ni ujian dari Ilahi..


Orang sakit Allah sayang..........


Imam Nawawi dalam kitab Syarh-nya menjelaskan tentang firman Allah tersebut:
“Para ulama berkata,’Allah menyandarkan sakit kepada diriNya, sedangkan maksudnya adalah sebagai penghormatan DIA kepada hamba yang sakit itu”.

Subhanallah..Allah memberi penghormatan kepada orang yang sakit. Adakah penghormatan yang lebih mulia dari penghormatan yg kita dapat selain dari Allah SWT..??

Imam Nawawi selanjutnya melanjutkan,’ Adapun lafal “Niscaya engkau mendapatiKU bersamanya”,maksudnya adalah: “ Kamu akan mendapatkan pahala dari kemuliaanKU. Yang menunjukkan akan hal itu adalah firmanNya di penghujung hadis “Tidakkah engkau tahu bahwa jika engkau menjenguknya, niscaya engkau mendapatiKU bersamanya?” maksudnya adalah pahala dariNya. Wallahualam..’.

Lalu, renungkanlah firman Allah kepada salah seorang hambaNya: “Aku sakit dan engkau tidak menjengukKU?”. Allah menjadikan sakitnya seorang hamba seakan-akan Dia-lah yang (menderita) sakit. Hal itu tidak lain adalah suatu penghormatan kepada hambaNya yang sakit, dan merupakan bukti bahwa Allah adalah dekat kepada hamba. Sebagaimana DIA sendiri telah berfirman:
“Dan jika hamba2Ku bertanya kepadamu tentang Aku ( hai muhammad ), katakanlah bahwa sesungguhnya Aku adalah dekat “( QS. Al-Baqarah; 216 ).

Maka berbahagialah wahai orang yang sedang sakit, kerana Allah sayang padamu dan sakit itu adalah sebagian sebagai penggugur atas dosa-dosamu.

Penghormatan lain yang bisa kita dapatkan dari hadist tersebut adalah firman Allah: “ Tidakkah engkau tahu bahwa seandainya engkau menjenguknya, niscaya engkau mendapatiKU bersamanya”.

Subhanallah..Allah berada disisimu wahai orang sakit. Memuji orang yang menjengukmu dan mencela mereka yang enggan menjengukmu. Ini adalah penghormatan yang tak terhingga. Dan merupakan bukti bahwasanya engkau wahai orang sakit mempunyai kedudukan tinggi disisi Allah SWT. Adakah penghormatan yang lebih tinggi melebihi penghormatan yang didapat dari Allah?

Marilah kita renung  sekali lagi firman Allah: ”Aku sakit dan engkau tak menjengukKu..”. Lalu dilanjutkan dengan firmanNya “Tidakkah engkau tahu bahwa jika engkau menjenguknya, niscaya engkau akan mendapatiKU bersamanya ?”

Sebuah penghormatan besar yang tak terhingga. Allah telah menisbatkan sakitmu wahai orang sakit kepada diriNya, dan DIA khabarkan bahwa DIA berada disisimu. Ini adalah merupakan bukti keagunganmu disisi Allah. Sesungguhnya jika engkau ketahui hal ini wahai orang sakit, maka sudah barang tentu hal ini akan membahagiakanmu. Insyaallah,amin.



Doa mohon kesembuhan dari penyakit


04 July 2012

SIHIR / PUKAU / SANTAU (PERISAI KEBAL MENGHADAPI ILMU HITAM)


ANGKARA SIHIR DAN KESANNYA

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.
Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:

1. SIHIR PEMISAH


Takrif dan pengertiannya:
  • Memutuskan hubungan anak dan ibu.
  • Memutuskan hubungan anak dan ayah.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
  • Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
  • Memisahkan antara suami dan isterinya.
Tanda-tanda sihir pemisah:
  • Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
  • Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
  • Enggan memohon maaf.
  • Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
  • Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
  • Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.
2. ILMU GUNA-GUNA

Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.


Tanda-tanda:
  1. Asamara cinta yang keterlaluan.
  2. Berubah secara spontan dari benci kepada suka.
  3. Cenderung melakukan hubungan seksual.
  4. Sukar mengawal cinta.
  5. Rindu bayang yang berlebihan.
  6. Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.
  7. Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.
  8. Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).
Sebab-sebab:
  • Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.
  • Mencuba dan ingin tahu.
  • Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
  • Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.
  • Melariskan peniagaan.
  • Mendapatkan pengikut.
Kesan-kesannya:
  • Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
  • Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut.
  • Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.
SIHIR YANG DIHALALKAN

Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.


3. SIHIR MEMPERDAYAKAN PANDANGAN (SILAP MATA)

Tukang sihir membawa sesuatu, kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai melihat sesuatu itu tidak sebagaimana hakikat sebenar.


Tanda-tanda Hinopsis:
  • Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak atau sebaliknya.
  • Melihat yang kecil menjadi besar atau sebaliknya.
  • Seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.
  • Seperti kain / api berubah menjadi burung.
4. SIHIR YANG MEMBUAT GILA


Tanda-anda Sihir Gila:
  • Binggung dan lupa sesuatu.
  • Kacau dalam perbicaraan.
  • Mata kuyu (moyok).
  • Tidak boleh tenang di satu tempat.
  • Tidak boleh tetap melakukan pekerjaan tertentu.
  • Tidak mengambil berat tentang penampilan (selekeh).
  • Sampai kesatu tahap ia tidak sedar dirinya sedang berjalan dan tidur di tempat-tempat sunyi.
5. SIHIR MEMBUAT ORANG TIDAK BERMAYA


Tanda-Tanda:
  • Suka berseorangan / menyendiri.
  • Tidak bercakap / pendiam.
  • Tidak suka berjumpa orang.
  • Fikiran meracau / terganggu.
  • Selalu pening.
  • Selalu lesu dan tidak bermaya.
  • Hilang semangat apabila tiba di tempa kerja.
6. SIHIR MENDENGAR PANGGILAN


Tanda-tandanya:
  • Selalu mengalami mimpi ngeri.
  • Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
  • Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya.
  • Selalu was-was.
  • Selalu syak wasangka terhadap teman dan orang-orang yang mencintainya.
  • Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.
Bagaimana Sihir Ini Dilakukan?

Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikan tugasnya untuk mengganggu mangsa pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidur berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya, ketika jaga mangsa mendengar suara seseorang yang dikenalinya atau mangsa mendengar suara-suara aneh.


7. SIHIR MEMBUAT PENYAKIT


Tanda-tandanya:
  • Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
  • Saraf tersumbat.
  • Lumpuh salah satu anggota tubuh.
  • Tidak berfungsi salah satu pancaindera.
  • Lumpuh keseluruhan badan.
Bagaimana Berlakunya Sihir ini?

Jin akan ditugaskan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki tukang sihir seperti di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu, aggota tubuh mangsa berada di antara 3 keadaan:
  1. Menghalang isyarat-isyarat / arahan otak sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tidak berfungsi menyebabkan mangsa menjadi bisu, buta, tuli dan lumpuh.
  2. Membiarkan tubuh berfungsi dan kadangkala menghalangnya daripada berfungsi.
  3. Membiarkan otak memberikan isyarat melampau dan cepat anggota tubuh mangsa menjadi kaku dan tidak bergerak walaupun tidak sampai ketahap lumpuh.
8. SIHIR PENDARAHAN

Sihir ini hanya berlaku kepada wanita. Jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, di mana jin akan berjalan bersama-sama aliran darah. Sabda Rasullullah (s.a.w.): "Syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui peredaran darah".


Pengertian Pendarahan

Dikenali oleh ahli feqah sebagai darah istihadah dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan. Kemungkinan pendarahan ini berlangsung hingga beberapa bulan tidak kira sedikit atau banyak.


9. SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN


Tanda-tandanya:
  • Pening kepala yang berterusan, sekalipun diberikan ubat oleh doktor.
  • Sesak di dada terutamanya selepas asar hingga tengah malam.
  • Melihat pelamar bermuka hodoh.
  • Banyak berfikir (fikiran melayang)
  • Selalu gelisah waktu tidur.
  • Selalu rasa sakit di perut.
  • Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.
Cara berlakunya Sihir ini


Jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:
  • Masuk ke dalam tubuh wanita menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.
  • Jin menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.
SIHIR PUKAU


TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PUKAU:
  • Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya.
  • Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
  • Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.
  • Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya
  • Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
  • Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
  • Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.
  • Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
  • Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.
PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI:
  • Hembusan asap rokok.
  • Tenungan mata.
  • Perbualan.
  • Minuman
  • Handphone (percakapan dan sms).
  • Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.
PUNCA SIHIR:
  • Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
  • Putus pertunangan.
  • Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
  • Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
  • Rebutan harta pusaka.
  • Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
  • Cemburu, jahat sangka dan seumpamanya.
  • Mencuba kehebatan ilmu.
  • Mendapatkan keuntungan duniawi.
MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:
  • Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh nabi s.a.w.
  • Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
  • Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
  • Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
  • Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
  • Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
  • Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
  • Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
  • Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.
p/s: Dengki,khianat.....ingat dan takutlah pada Allah...

PadaMu ku merayu....

Ya Allah! Ya Rahman, Ya Rahim, Dikaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kasihanilah kami ya Allah, kami sangat-sangat mengharapkan belas kasihan daripada-Mu ya Allah. Sesungguhnya tidak ada yang dapat memberikan kasih sayang yang sebenarnya melainkan hanya Dikau. Segala kasih sayang yang pernah kami harapkan daripada selain-Mu, ternyata selalu menghampakan kami ya Allah.

Yasin 7 Mubin

Yasin 7 Mubin

Kali ini kita fokaskan pada bacaan ‘Yasin 7 Mubin’. Dalam Surah Yaasin terdapat tujuhtempat perkataan “mubin” iatu pada ayat

1)   Ayat 12 = Mubin Pertama
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
2)   Ayat 17 = Mubin Kedua
“Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.
3)   Ayat 24 = Mubin Ketiga


Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.



4)   Ayat 47 = Mubin Keempat



Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.


5)   Ayat 60 = Mubin Kelima

“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!


Ayat 69 = Mubin Keenam



(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;

7)   Ayat 77 = Mubin Ketujuh

Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
.
.

Cara membaca Surah Yassin

Yasin ada beberapa kaedah dan cara pembacaannya, bergantung kepada tujuan khususnya. Ada Yasin Tunggal (biasa), Yasin Wirid (untuk rezeki) dan ada yang membaca Yasin 7 Mubin untuk sesuatu hajat.
.
Yasin 7 Mubin ini dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telahdicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.
.
.

Kaedah Membaca Yasin 7 Mubin

Kaedah yang dinyatakan ini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Yasin 7 Mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera iaitu dalam tempoh 24 jam dari kehilangannya.
.
A. Langkahnya adalah seperti berikut:-
  1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
  2. Boleh juga dibaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali secara bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala, ketika dalam sujud yang terakhir.“Tidak ada Tuhan selain Dikau. Maha Suci Dikau Ya Allah, sesungguhnya daku adalah termasuk orang-orang yang aniaya.”
  3. Selesai Solat Hajat,mulakan bacaan Surah Yasin mengikut kaedah seperti berikut;
  4. Membaca Surah Yasin, apabila sampai pada setiap perkataan ‘Mubin’ (مبين), hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulangi semula bacaan Yasin daripada permulaan surah.
.
.
B.  Cara-cara untuk membacanya ialah :
  1. Bacaan Yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Selawat 11 kali.
  2. Baca Yasin sehingga di Mubin (مبين) pertama (ayat ke 12) dan berdoa.
  3. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.
  4. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.
  5. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.
  6. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.
  7. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.
  8. Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77), berdoa .
  9. Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).
.
Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui kehilangan barang tersebut.
.
.

Fadhilat Lain Yasin 7 Mubin

Dari kajian, kaedah di atas juga boleh digunakan untuk:
1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan.
2. Memanggil anak-anak yang lari dari rumah.
3. Melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia.
4. Dibaca bagi pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum).
.
Perlu ditegaskan, ini adalah satu kaedah zikir, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata.
Selamat mencuba… Semoga ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua .. Insya-Allah …

Sumber..
http://shafiqolbu.wordpress.com