26 February 2011

Moga diberikan ketulusan hati dalam meniti segala cubaan...

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicuba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Ya Allah redhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Ya Allah redhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Ya Allah

Mengeluh dan merasa sempit dengan kehidupan?

Sebahagian isteri ada yang mengeluh dengan kehidupannya dan tidak dapat menerima keadaan dan apa yang suami mampu berikan. Ia ingin hidup seperti Fulanah atau seperti salah seorang karib keluarganya.

Engkau lupa bahawa Allah tidaklah menciptakan manusia sama rata. Allah menciptakan orang kulit putih dan orang kulit hitam, orang kaya dan orang miskin, orang kuat dan orang lemah.

Agar engkau dapat menenangkan dirimu hendaklah camkan hadits berikut ini

“Lihatlah orang yang dibawahmu dan jangan lihat orang yang diatasmu, hal itu lebih baik sehingga engkau tidak menyepelekan nikmat Allah.” (HR Muslim)

Ingatlah selalu bahawa kebahagiaan bukan hanya terletak pada harta semata. Berapa banyak wanita yang memiliki suami kaya hartanya namun bakhil perasaan dan cintanya. Sementara yang lain memiliki suami yang fakir hartanya namun kaya perasaan dan cintanya kepada isteri dan rumahnya.Namun ada juga yang tidak memiliki kasih dan perhatian seorang yang bergelar suami...

Hendaklah seorang isteri selalu redha menerima suaminya yang mencintai dirinya. Hargailah kasih sayang suami yang ikhlas.Kebahagiaan itu bukan hanya terletak pada makanan dan minuman, bukan berhias dengan pakaian mahal, perabut mewah, emas perak dan kenderaan yang banyak. Namun kekayaan itu letaknya dalam dada dan hati yang tenang, penuh dengan cinta dan keimanan.

19 February 2011

Zikir,doa dan tawakal penawar tekanan perasaan

TEKANAN perasaan adalah antara penyakit dalaman yang banyak dihidapi manusia zaman ini. Walaupun ia adalah masalah rohani manusia, penyakit ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan fizikal lain seperti tekanan darah tinggi, jantung dan sakit kepala jika tidak diatasi segera.

Masalah tekanan yang tidak kritikal masih boleh memberi kesan negatif kepada tingkah laku manusia seperti tidak tenteram, bertindak agresif di tempat kerja atau rumah.

Sebagai manusia biasa, setiap daripada kita tidak mungkin terlepas daripada masalah tekanan. Cuma yang berbeza ialah keupayaan menangani tekanan. Ada yang mampu mengawal dengan baik dan ada yang gagal, menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan, tingkah laku dan psikologi.

Tekanan perasaan boleh berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya terlalu memikirkan sesuatu yang tidak pasti dan cuba mengawal keadaan yang masih belum berlaku. Seseorang yang kehilangan sesuatu atau individu disayanginya dan tidak mampu menerima hakikat itu juga akan merasa tertekan.

Tekanan perasaan juga boleh berlaku apabila wujud konflik antara keinginan diri dan pertimbangan akal seseorang. Contohnya, seseorang yang ingin memenuhi keseronokan dirinya dan pada waktu sama menyedari bahawa dia perlu menerima kebenaran perbuatan itu salah di sisi agama.

Al-Quran memberi panduan kepada kita bagaimana menghadapi situasi sebegini. Kehilangan dalam hidup adalah ujian Allah. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” (Surah Al-Baqarah, ayat 155)

Mereka yang sabar menempuh ujian akan mendapat ganjaran baik daripada Allah. Sesungguhnya manusia sebagai makhluk tidak memiliki hak ke atas sesuatu hatta hidupnya sendiri. Segala-galanya daripada Allah dan kepunyaan-Nya.

Maka, tidak seharusnya kita menangisi atau menyesali apa yang tidak kita miliki sama sekali. Kita tidak diberi pengetahuan apa yang akan berlaku. Namun, kita boleh merancang, berusaha dan berdoa serta bertawakal.

Manusia berupaya berusaha dalam ruang lingkup takdir Ilahi bersandarkan pertimbangan akal yang waras dengan panduan wahyu Ilahi. Kita boleh memilih mana yang baik dan mengandaikan kesan daripada tindakan perbuatan kita.

Namun, ketentuan mutlak adalah daripada Allah. Oleh itu, usahlah terlalu bimbangkan sesuatu yang kita tidak pasti dan sesuatu yang tidak mampu kita kawal. Kebimbangan sebegini hanya akan memberi lebih tekanan kepada kita.

Sebagai makhluk bernama manusia yang terdiri daripada unsur rohani dan jasmani, kita tidak akan bebas daripada konflik dalaman. Setiap daripada kita dijadikan bersama unsur nafsu yang secara fitrah menyediakan segala macam keinginan.

Semua itu jika tidak dikawal iman dan akal yang waras, sudah tentu akan menjadi kesempatan hasutan syaitan dengan janjinya untuk menyesatkan umat manusia. Firman Allah yang bermaksud: “Dan Aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah Yusuf, ayat 53)

Nafsu amarah cenderung kepada keseronokan dan sifat mazmumah yang membawa manusia kepada kehancuran seperti marah, hasad, tamak dan penipuan. Dalam keadaan nafsu menguasai seseorang, hanya kepuasan diri dan keegoan akan bertakhta.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Musuhmu yang paling utama ialah nafsu jahat yang ada dalam dirimu.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Islam memberikan panduan yang sebaiknya dan bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia dalam usaha mengelakkan dan menghadapi tekanan. Dalam keadaan tertekan dan keresahan menghadapi ujian Allah, perlu lebih banyak mengingati-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud: “(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram.” (Surah al-Ra‘d, ayat 28)

Seterusnya, perbanyakkan permohonan kepada Allah dan bertawakal kepadanya. Allah berfirman yang bermaksud: “Hai orang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153)

Ini disusuli semula dengan sentiasa memohon keampunan Allah dan bertaubat daripada kesalahan. Selain itu, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah yang kita hadapi.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tiada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tiada pelindung bagi mereka selain Dia.” (Surah al-Ra‘d, ayat 11)

Tekanan perasaan sebenarnya berpunca daripada lemahnya daya tahan spiritual dan ketidakseimbangan aspek dalaman kita. Konflik dalaman yang berterusan akan mengakibatkan tekanan bertambah seterusnya melahirkan pelbagai perlakuan salah hingga mengganggu kesihatan.

Kedamaian spiritual hanya boleh dicapai dengan keimanan dan penyerahan diri kepada Allah, ingatan yang berterusan kepada-Nya. Permintaan yang mutlak daripada-Nya serta permohonan keampunan tidak kira ketika senang, mahupun susah membantu menghadapi tekanan

18 February 2011

Belajarlah dari musibah

Selaku umat Islam yang wajib meyakini kasih sayang Allah sentiasa melindungi kehidupan kita. Kalimah “Bismillahir Rahman nir Rahim” – dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang – sentiasa menjadi sebutan kita. Namun ketika musibah seperti kematian, kesakitan, kemiskinan, kegagalan dan kekalahan melanda diri, mungkin hati kecil kita tertanya-tanya, mengapa? Mengapa Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang itu mentakdirkan begitu? Sudah sirnakah kasih-sayangNya?

Jangan. Jangan begitu. Dalam apa jua keadaan pun kita wajib yakin bahawa takdir Allah pasti mengandungi banyak hikmah dan kebaikan. Istilah buruk, hanya ada dalam rumus pemikiran manusia. Manakala di sisi Allah, segalanya punya maksud baik walaupun kekadang pada zahirnya tidak begitu. Kelihatannya sangat pahit, tetapi ia manis dan indah. Hanya apabila hikmahnya dapat dicungkil, insya-Allah.

Mengetahui dan merasai hikmah sesuatu musibah akan dapat meringankan beban perasaan dan menjawab banyak tanda tanya dalam jiwa terhadap perkara-perkara yang tidak selari dengan kehendak kita. Ia adalah syarat bahagia dan ketenangan jiwa. Apa pun, hanya mereka yang sempurna akal dan penelitiannya sahaja yang dapat menjangkau hikmah yang tersirat di sebalik cubaan dan bala yang menimpa.

Justeru seorang ahli hikmah, Ibn Ataillah Askandari pernah berkata, “Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.” Tegasnya, apa jua takdir Allah pasti bermaksud baik walaupun kelihatannya pahit. Beliau berkata lagi, “Bila Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati, dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek.”

Untuk mencari hikmah sesuatu musibah kita mesti meyakini terlebih dahulu bahawa musibah adalah sebahagian ujian yang pasti menimpa manusia. Ujian adalah satu sunnatullah (peraturan Allah) yang tidak ada siapa pun dapat menghindarkannya kerana hidup ini hakikatnya adalah satu ujian. Bila sanggup hidup, mesti sanggup diuji. Firman Allah s.w.t.:
“Dijadikan mati dan hidup kepada kamu untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya.”
(Surah al-Mulk: 3)

Apa itu musibah? Secara ringkasnya musibah ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang tidak disukai oleh manusia berupa kematian, kesakitan, kemiskinan, ketakutan, kegagalan, kesedihan dan lain-lain. Jadi, Allah pasti menguji kita dengan sesuatu yang tidak kita sukai (musibah). Kita tidak sukakan kematian, tetapi siapa yang boleh mengelak daripada mati? Kita benci kesakitan, tetapi itulah adalah lumrah hidup. Lalu hati kita bertanya lagi, mengapa Allah datangkan semua itu? Apa perlunya musibah?

Musibah ditakdirkan adalah untuk menyerlahkan nilai diri kita di sisi Allah. Terutamanya Allah hendak menilai (walaupun hakikatnya Allah maha Mengetahui) sejauh mana hati kita. Sesungguhnya, Allah menilai hati kita dan amalan kita. Sabda rasulullah SAW:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa kamu tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu.”

Dengan ujian sakit, barulah diketahui tahap kesabaran dalam hati kita. Bila diuji dengan peperangan, baru terserlah tahap keberanian kita. Khususnya bagi orang yang beriman, ujian didatangkan untuk menilai dan mengukur semula sejauh mana keimanan kita kepada Allah. Oleh itu iman dan ujian saling berkaitan. Lebih tinggi tahap keimanan seseorang semakin berat ujian yang diterimanya.

Apa¬bila diuji barulah diketahui apakah hati itu telah yakin (beriman) ataupun masih ragu-ragu. Firman Allah s.w.t.:
“Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja, mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?”
(Surah al-Ankabut: 2)

Namun begitu, perlu diketahui bahawa Allah menguji orang Islam atas se¬bab-sebab yang berbeza yakni mengikut tahap hubungan mereka dengan ALLAH. Berdasarkan sebab-sebab itulah letaknya kemuliaan atau kehinaan seseorang manusia. Ujian yang berlaku kepada manusia sama ada memuliakannya atau menghinakannya.

Musibah menimpa semua manusia – tidak kira sama ada yang baik atau yang jahat. Cuma bagaimana keadaan seseorang semasa dia ditimpa musibah dan bagaimana dia menghadapi musibah itu menentukan darjatnya di sisi Allah. Benarlah seperti yang selalu diungkap“… it’s not what happens to you, but it’s what you do about it.”
Bukan kerana apa yang berlaku kepada kita yang penting, tetapi apa yang kita lakukan terhadapnya. Jadi amat berbeza sekali apa yang dilakukan oleh orang yang akrab dengan Allah berbanding dengan orang yang jauh daripada Allah walaupun musibah yang menimpa mereka sama. Ya, kita tidak boleh mengelakkan diri daripada musibah tetapi kita mampu mengubah musibah itu menjadi satu kebaikan sekiranya kita dapat merasai hikmahnya dan bertindak selaras dengan hikmah tersebut.

Sekurang-kurangnya ada tiga jenis musibah (walaupun pada hakikatnya musibah itu sama sahaja) tetapi yang berbeza adalah disebabkan keadaan diri orang yang menerimanya dan bagaimana mereka bertindak ketika menghadapi musibah tersebut.

1. Kifarah.

Yakni musibah ke atas orang yang baik tetapi ketika itu terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu. Maka musibah itu diturunkan sebagai “tebusan” untuk meng¬hapus¬kan dosa dan ketelanjuran itu. Ertinya, Allah membalas kesalahannya di dunia untuk melepaskannya daripada dibalas di akhirat. Ini lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan berbanding azab di akhirat.
Ringkasnya, kifarah adalah ujian untuk “orang baik yang terbuat jahat”. Dengan ujian itu, “orang baik” tersebut akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan ketelanjurannya lalu berusaha untuk bertaubat kepada Allah.

Firman Allah s.w.t.:
“Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar.” (Surah al-Zukhruf, 43: 48)

Firman Allah swt:
“Dan kami bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan. Di antara mereka ada yang soleh dan di antara mereka ada yang tidak demikian. Dan Kami cuba mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran.” Al A’raf 168

2. Bala.

Yakni ujian ke atas orang jahat yang sedang melakukan kejahatan. Allah datangkan musibah itu sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum lebih berat di akhirat. Dengan kemurkaan-Nya Allah turunkan kepedihan dan kesengsaraan di dunia lagi sebelum orang itu diazab di neraka. Orang yang begini akan diseksa dua kali, pertama di dunia, kedua di akhirat.

Ringkas¬nya, bala ialah bentuk ujian ke atas “orang jahat yang buat jahat”. Umat Nabi Nuh yang ditenggelamkan banjir, Fir’aun yang ditenggelamkan di Laut Merah, Namrud yang dibunuh nyamuk, Qarun yang ditelan bumi adalah antara mereka yang ditimpa bala di dunia lagi sebelum merasai pula seksa di akhirat.

Firman Allah s.w.t.:
“Dan jika mereka berpaling, nescaya Allah akan meng¬azab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat.”
(Surah al-Tawbah, 9: 74)

Firman Allah lagi:
“maka masing-masing (mereka itu) Kami seksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu krikil dan ada antara mereka yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” Al Ankabut: 40

3. Ibtila’

Yakni musibah ke atas orang baik ketika melakukan ke¬baikan. Ia adalah tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang taat. Justeru dengan ibtila’ hamba itu akan mendapat pahala berganda dan ditinggikan darjatnya di sisi Allah. Dengan musibah, orang yang soleh ini akan mendapat pahala syahid, pahala sabar, pahala redha, pahala qanaah, pahala pemaaf, sangka baik dan sebagainya.

Justeru jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Allah? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi (Nabi Muhammad, Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Isa) – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung musibah.

Ringkas¬nya, ibtila’ ialah ujian ke atas “orang baik yang buat baik”. Golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solehin ialah mereka yang sentiasa diuji dalam bentuk ibtila’ ini khususnya ketika mereka berjuang menegakkan kebenaran. Untuk mengambil ibrah dan hikmah daripada sikap mereka ini Allah s.w.t. telah mengingatkan kita menerusi firman-Nya:
“Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebalik ujian itu. Bila menerima musibah tidak sekalipun mereka tidak mengeluh atau mengadih, “kenapa aku yang kena?” sebaliknya mereka akan berkata, “aku telah terpilih.” Maksudnya, terpilih untuk ditinggikan darjat di sisi Allah dan terpilih untuk mendapat pahala yang besar berganda.

Untuk orang yang sabar Allah menjanjikan bahawa orang yang sabar itu diganjari dengan pahala tanpa hisab.
Bagi mereka yang syahid pula, Rasulullah saw telah bersabda:
“Akan diampuni bagi orang yang mati syahid setiap dosanya kecuali hutang.” (HR Muslim).

Atas dasar itulah sebahagian ulama salaf berkata:
“Andaikan tidak ada musibah di dunia, tentu kita datang pada hari kiamat tanpa membawa pahala.”
Bagaimana pula nasib orang yang derhaka ketika mereka ditimpa musibah? Apakah Allah tidak sayangkan mereka? Jangan tersilap, malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan Allah adalah untuk kebaikan.

Jika orang baik mendapat peningkatan darjat bila menerima musibah, maka orang yang berdosa pula mendapat satu pengampunan dengan musibah (kafarah) yang diterimanya. Rasulullah saw bersabada:
“Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah tertusuk duri atau lebih dari itu, kecuali dengannya Allah akan menghapuskan sebagaian dosanya.” (HR Bukhari dan Muslim.)

Tanpa menuding jari kepada sesiapa maka kita harus bermuhasabah terhadap diri sendiri, ketika ditimpa musibah kita di golongan yang mana? Golongan yang diuji secara ibtila’, kafarah atau bala? Paling tidak tidaknya, biarlah kita diuji secara kafarah, yang dengannya kita akan menyegerakan taubat kepada Allah. Tagihlah janji Allah ini:
“Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, maka Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu.” Syura: 30

Itulah antara hikmah terbesar di sebaliknya datangnya musibah. Yang dapat dimanfaatkan bukan sahaja oleh hamba Allah yang taat, tetapi juga hamba yang menderhakai-Nya. Maka daripada dimensi pemikiran inilah kita harus melihat apa di sebalik musibah demi musibah yang menimpa umat Islam kini.

Umat Islam telah dibunuh, dijajah, dirogol, ditimpa pelbagai bencana alam seperti tsunami, banjir besar dan lain-lain. Musibah ini dideritai oleh semua umat, tidak kira yang derhaka atau yang taat menepati apa yang telah ditegaskan Allah menerusi firman-Nya:
“Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu. Dan ketauilah Allah amat keras seksaan-Nya.” Al Anfal 25

Semua musibah itu hakikatnya untuk mengingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah – beriman dan menegakkan hukum-hakam-Nya dalam seluruh aspek kehidupan. Firman Allah:
“Dan sesungguhnya kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat yang sebelum kamu, kemudian Kami seksa mereka dengan menimpakan kesengsaraan dan kemelaratan supaya mereka memohon kepada Allah dengan tunduk merendah diri.” Al An’am 42.

Malangnya, sebahagian besar umat Islam masih berdegil. Justeru, tidak mustahil Allah akan terus “membersihkan” bumi Afghanistan, Iraq, Khasmir dan Palestin daripada terus dihuni oleh insan-insan derhaka melalui musibah sama ada yang berbentuk iblita’, kafarah atau bala. Kematian, kehancuran dan penjajahan akan terus berlaku. Insya-Allah setelah dunia Islam “dibedah” dan orang-orang jahat yang umpama “barah” yang menanah itu dikeluarkan, maka barulah muncul generasi yang lebih bersih, kuat dan ber¬iman.

Dan hanya pada ketika itu dua golongan umat Islam – pertama mereka yang diuji secara ibtila’ dan kedua, mereka yang kembali bertaubat bila diuji secara kafarah, akan mendapat bantuan Allah untuk menggerakkan satu kebangkitan baru Islam yang lebih kuat dan bertenaga.

Akhirnya, perlulah diketahui bahawa rahsia kejayaan para rasul dalam misi perjuangan mereka ialah kerana mereka sentiasa mendapat bantuan daripada Allah. Untuk itu mereka berusaha melalui dua dimensi. Pertama, dimensi lahiriah yakni dengan memerah tenaga, fikiran dan menyediakan kekuatan material dan fizikal. Kedua, dimensi rohaniah yakni dengan melakukan amalan taat dan meninggalkan maksiat. Hasilnya, mereka dapat mengalahkan musuh yang lebih ramai, kuat, dan kaya daripada mereka.

Firman Allah s.w.t.:

“Berapa banyakgolongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang ramai dengan izin Allah.”

Musibah yang berlaku ke atas umat Islam di serata dunia sesungguhnya membawa hikmah yang besar apabila dilihat dengan mata hati. Pada zahirnya, negatif tetapi secara tersirat ia membawa seribu satu hikmah dan pengajaran. Dalam apa jua keadaan, susah mahupun senang, orang yang beriman akan mendapat kebaikan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
“Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.

Ya, yang penting dalam musibah yang menimpa umat Islam kini ialah bagaimana kita bangun kembali setelah diuji. Kata bijak pandai: “It is not how low you fall but how high you bounce back!” Tegasnya, musibah-musibah yang datang bertubi-tubi ke atas umat Islam kini ialah untuk menyerlahkan siapakah di antara kita umat Islam sebenar dan siapa pula umat Islam yang menyamar?

Hanya umat Islam yang benar-benar berpegang dan mengamalkan kebenaran sahaja akan diberi kemenangan dalam menghadapi musuh-musuhnya. Musibah adalah kaedah Allah untuk menyerlahkan siapa yang benar itu. Mereka yang memohon keampunan lalu diberikan keampunan dan dibebaskan daripada kesempitan. Sabda Rasulullah saw:
“Barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya dari kesedihan, dan memberi jalan keluar bagi kesempitannya dan akan memberi brezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.” HR Abu Daud


Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan,tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba tiba.Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam,tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti selama lamanya.....

Musibah sekadar ujian ketabahan,ketakwaan....

MUSIBAH ialah bencana, kecelakaan atau malapetaka. Dalam erti kata lain, musibah dikaitkan dengan sesuatu yang tidak baik dan mendatangkan penderitaan kepada seseorang. Meskipun begitu, Allah menjadikan musibah sebagai ujian ke atas hamba-Nya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Kemudian Allah jelaskan mengenai orang yang sabar dalam firman-Nya yang bermaksud:

“(Iaitu) mereka yang apabila ditimpa musibah lalu berkata sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya (Allah) jugalah (tempat) kami kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 156)

Dalam ayat itu Allah menyatakan bahawa setiap hamba-Nya akan diuji. Ujian Allah berlaku dalam pelbagai bentuk, seperti bencana banjir, tanah runtuh, kematian, kekayaan, kemiskinan, kesihatan dan kesakitan. Ini untuk membuktikan siapakah yang penyabar serta tetap bertuhankan Allah dalam apa juga keadaan ditempuhinya.

Jelaslah orang yang sabar itu tetap beriktikad bahawa diri mereka hamba dan milik Allah walaupun ditimpa musibah amat berat. Malah mereka sentiasa mengharapkan balasan pahala daripada Allah dan sentiasa takuti azab-Nya.

Ibn Kathir (1992) ketika mentafsir ayat itu menjelaskan: “Dengan melafazkan ayat ini menunjukkan seseorang itu menerima segala musibah menimpanya dan mengakui bahawa dirinya adalah hamba dan milik Allah. Allah berkuasa melakukan apa saja ke atas hamba-Nya.”

Untuk memperkukuhkan lagi tafsirannya, Ibn Kathir membawakan beberapa hadis, antaranya yang diriwayatkan Imam Muslim yang bermaksud: “Ummu Salamah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tiada seorangpun daripada kalangan orang Islam yang ditimpa musibah, lalu ia melafazkan apa yang diperintahkan oleh Allah (iaitu firman Allah, ayat 156 surah al-Baqarah yang bermaksud), “Sesungguhnya kami adalah hamba dan milik Allah dan kepada-Nya kami akan dikembalikan. Ya Allah, berilah pahala bagiku dalam musibahku ini dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya, melainkan Allah menggantikan baginya dengan yang lebih baik.”

Ummu Salamah berkata: “Ketika Abu Salamah meninggal dunia, aku sering bertanya kepada diriku sendiri, orang Islam manakah yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dialah orang pertama hijrah kepada Rasulullah SAW. Pertanyaan itu sering aku mengulanginya, lalu Allah menggantikan untukku Rasulullah SAW sendiri.”

Ummu Salamah berkata: “Baginda SAW mengutuskan Hatib bin Balta‘ah untuk melamarku bagi dirinya sendiri. Lalu Umm Salamah berkata lagi: Aku mempunyai seorang anak perempuan dan aku seorang wanita yang kuat cemburu. Jawab Baginda SAW: Mengenai anak perempuannya kita doakan semoga Allah cukupkan segala keperluannya dan aku mendoakan semoga Allah hilangkan rasa cemburunya itu.”

Berdasarkan kefahaman hadis itu, balasan Allah atas kesabaran Ummu Salamah yang diuji dengan kematian suaminya Abu Salamah, ialah beliau dikahwini oleh Rasulullah SAW.

Dalam hadis lain yang diriwayatkan Imam Ahmad bin Hanbal yang bermaksud: “Abu Sinan berkata: Selepas aku mengebumikan anakku, aku masih berada di kubur. Tiba-tiba datang Abu Talhah al-Khaulani lantas memegang tanganku dan membawa aku keluar sambil berkata: Adakah engkau suka sekiranya aku menceritakan sesuatu yang menggembirakanmu? Jawab Abu Sinan: Baiklah.

Lalu Abu Talhah berkata bahawa al-Dahhak bin Abd al-Rahman bin ‘Azib menceritakan kepadaku daripada Abu Musa katanya: Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Malaikat Maut, engkau mencabut nyawa seorang anak daripada hamba-Ku, engkau mengambil buah hatinya dan anak kesayangannya. Jawab Malaikat Maut: Ya! Lalu Allah berfirman, Apa yang ia kata (ketika kematian anaknya itu)? Jawabnya: Ia memuji Engkau dengan berkata kami ini adalah hamba dan milik Allah dan kepada-Nya kami akan dikembalikan. Maka Allah berfirman: Binalah untuknya sebuah rumah di dalam syurga dan berilah namanya dengan Bait al-Hamd.”

Hadis kedua menjelaskan sikap Abu Sinan tetap memuji Allah walaupun anak kesayangan meninggal dunia. Jelaslah ujian Allah adalah untuk melihat kekuatan akidah hamba-Nya, sama ada hanya bertuhankan-Nya dalam keadaan senang saja atau terus bertuhankan-Nya dalam apa juga keadaan sekalipun.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa Allah menguji keimanan hamba-Nya dengan pelbagai musibah. Musibah Allah bukan sekadar kematian saja, malah ia didatangkan dalam pelbagai bentuk serta keadaan.

17 February 2011

Diantara Dua Kisah

ingin saya kongsikan beberapa sedutan kehidupan ketika saya di dalam wad semalam...
seorang makcik lingkungan 50an berada bersebelahan katil saya,dia berseorangan di hospital dan berada di situ kerana berasa lemah setelah selesai menjalani fisioterapi.Dalam jam 11 mlm Dr membenarkan makcik ini pulang namun dia menyatakan yang dia tiada kenaikan untuk pulang manakala ANAKnya yang tinggal berdekatan telah dihubungi untuk meminta bantuan untuk menghantarnya pulang namun hampa apabila tidak diendahkan..........tersentuhnya rasa bila makcik ni memohon untuk bermalam di hospital supaya dapat balik dengan bas pada keesokkan hari. Dr yang merawat makcik ni mempelawa untuk menghantarnya pulang atas rasa simpati dan prihatin....dan sesungguhnya segelintir masyarakat kita masih mengamalkan rasa tanggungjawab antara satu sama lain....


kisah yang kedua melibatkan seorang remaja yang menyelamatkan anak saudaranya yang diserang tebuan.Atas apa yang diberitahu anak saudaranya juga turut masuk wad akibat sengatan tebuan..Dia yang tidak ditemani sesiapa menahan kesakitan seorang diri.

Apa yang ingin saya suarakan diantara kedua-dua kisah ini adalah hanya pada perasaan kasih dan sayang kita mampu dan sanggup hadapi apa jua keadaan dan risiko dan kadangkala tanpa rasa kasih dan sayang kaum keluarga dan orang terdekat jua berada jauh dari sisi.......

Endoscopy, colonsocopy, barrium

(Barrium)
Colonoscopy
Endoscopy

Esok kena masuk wad untuk persediaan menjalani prosedur hari ahad ni...tapi darah merah makin kurang.selepas buat ECG,keputusan bacaan jantung pun makin tak stabil..doktor menyatakan kerap pening dan pitam mungkin disebabkan jantung,anemia dan masalah usus..doktor nak masukkan darah lagi untuk stabilkan jantung dan hemoglobin..doktor sendiri tak dapat nak rumuskan keadaan saya atas penyakit saraf,usus dan gastritis kronik,anemia dan yang terbaru jantung yg makin lemah..

16 February 2011

Moga dapat bertahan dan diberikan kekuatan..

saban waktu,saban hari masa byk dihabiskan di hospital lately ni,18 feb sepatutnya kena masuk wad prosedur untuk endoscopy,colonoscopy dan barrium pada 20/2/2011..









13 February 2011

Keletah aiman...


Keletah aiman di hospital,macam2 gaya bosannya tapi tak pernah merungut atau mengeluh...Walau sering membawa aiman ke hospital,hati ni sentiasa risau takut aiman dijangkiti penyakit2 memandangkan persekitaran di hospital yang terdedah dengan pelbagai kuman dan penyakit...moga2 aiman dijauhkan dari penyakit2...




Senyuman2 pengubat sakit dan duka...

Gambar di rumah bekas kakak ipar..






Nukilan rasa

Cuba hayati nukilan rasa...dipetik dari buku indahnya hidup tanpa derita"

Tatkala rindu itu membelasah hatiku
Dan aku sunyi serta putus harap
Dalam gelap relung hati yang sempit
Dan sesak nafas yang merompak tenang jiwaku
Setia tubuhku yang taat merempit kecewa
Aku gagahi jua
Memilih untuk berdoa
Kadang kadang nafasku lemas dalam ombak rasa
Ribut yang meremuk rasaku
Mata dan fikir yang membinasa senyumku
Aku gagahi jua
Selagi nyawaku bersisa
Jika aku ini tiada makna
Mengapa lama aku di muka bumi ini?
Jika tiada peluang untukku
Mengapa terus aku gagah?
Olok olok mendustai hatiku
Bahawa aku ini tega dan lasak
Yang padahalnya
Aku ini lemah dan layu
Kering dan gugur
Kontang dan haus
Aku ini seorang
Hanya seorang
Mencekalkan hatiku yang diamuk resah
Mempertahankan diriku yang dinista fitnah dunia
Sungguh sunyi ini buatkan aku takut
Dan resah ini buatkan urat semangatku putus
Sungguh aku rindu
Untuk mengisi ruang hatiku
Dengan sesuatu yang lebih bermakna
Dalam nilai syurga nan abadi

~ hamba yang daif~

Jangan bersedih....

Hidup tidak sealunya indah,laut tidak selalunya tenang dan hari tidak selalunya cerah.namun susahnya hidup,geloranya laut dan mendungnya hari bukanlah pencatat sebuah diari kehidupan.Setiap yang berlaku dan apa yang kita lalui itu ada hikmahnya.Ada cerita di sebaliknya.Kita perlu bersedia menghadapinya dan mencari maknanya supaya kita sentiasa ingat kepada Yang Maha Kuasa.

Perlu kita sedar dan yakin dalam apa jua situasi,Allah s.w.t sentiasa bersama kita.Hanya kita sendiri yang seringkali menghindarkan diri dan alpa daripada Allah s.w.t.Mungkin ada kalanya kita terleka dengan sepoi angin bahagia dunia yang sementara.Atau mungkin kita berada di puncak kebimbangan yang sangat hampir dengan gaung kegagalan dan kekecewaan.Ini yang membuatkan kita jauh dari jauh daripada Allah s.w.t dan dilanda kesedihan.Terlalu bahagia atau terlalu senang akan membuat kita mudah terlena,terlalu sediha atu kecewa juga akan membuat kita mudah terbabas ke lorong suram.

Oleh itu hiburkanlah hati,tenangkanlah fikiran.Warnai hidup ini bunga bunga senyuman,dinginkanlah hati dengan salju ketabahan,wangikanlah suasana dengan renjisan kesabaran dan indahkanlah lagi dengan sentuhan keimanan.Hidup ini akan lebih berharga.Pasti usia yang berlalu setiap saat tidak sia sia.


12 February 2011

Dugaan Hari Ini Untuk Hari Depan

Hari ini di duga lagi,
mungkin dugaan hari ini,
untuk kekuatan hari esok.......

Hari ini tersenyum,
mungkin sebagai penguat diri,
untuk menempuh kedukaan hari esok.......

Hari ini rebah tersungkur,
merangkak dalam kepayahan,
mungkin esok diri ini beroleh kekuatan.......

Hari ini melihat dalam kegelapan,
tercari-cari arah tujuan,
mungkin esok ada sinar kegemilangan........

Hari ini dalam kejauhan,
dipandang sepi tanpa ihsan,
harap esok beroleh pandangan...........

Hari ini menahan kesakitan,
menerima tiap ujian,
harap esok dikurangkan penderitaan.............

Hari ini ditinggalkan satu pengalaman,
untuk kekuatan di hari depan,
harap esok tabah hadapi setiap rintangan.......




09 February 2011

Indahnya derita




Luahan dalam blog ni,bukan untuk meminta simpati.setiap luahan di sini harapan dapat dikongsi bersama..Juga dijadikan ikhtibar..dan renungan buat insan lain.Baru balik dari husm,ditahan di wad sementara hari ini,demam panas dan kurang darah merah,kurang air..Mata tak dapat nak lelap,hati rasa sayu..Kadang2 merasakan indahnya derita..menahan tangis dalam sebak,sebak yang tidak dapat diluahkan dengan sebarang kata.Betapa bernilainya erti kesabaran.

08 February 2011

Hari ahad,temujanji bersama pakar neuro dan semalam(isnin) bersama pakar gastro dan Dr menerangkan bahawa keadaan saya yg makin tidak stabil disamping keadaan kesukaran untuk mengambil makanan kini.Dr telah memutuskan untuk membuat repeat scope atas dan bawah serta Barrium secara serentak dan saya sudah dimaklumkan bahawa kesemua prosedur ini harus dijalani secepat mungkin dan saya sendiri tiada keupayaan untuk menangguhkan prosedur ini.

Saya amat2 berharap sokongan,semangat dan doa dari teman2 agar saya mampu menghadapi ujian ini dan mampu menempuhinya tanpa menghadapi kesukaran serta mempunyai kekuatan secukupnya dalam prosedur ini.Saat ini pelbagai persoalan masih bermain di fikiran dan semestinya anak2 menjadi keutamaan...Mana satu saya perlu utamakan?walaupun dr mengesyaki saya menghidap barah perut atau usus berdasarkan simptom2 yang saya alami,saya tidak akan dapat menerimanya selagi pengesahan yang tepat belum saya terima.Moga2 saya dijauhkan dari penyakit apa yang disyaki dr.



06 February 2011

Kasih isteri penguat suami

Apabila kita merasa susah dan derita,renung dan lihatlah sekeliling kita..Masih ramai yang lebih derita.Keperitan dan kesukaran bukan untuk ditangisi...Mari kita renungkan..Ingin berkongsi satu kisah.Dalam berulang alik ke hospital,saya dapat melihat dan berkongsi beberapa pengalaman.Rasa tersentuh hati,seorang isteri yang benar2 tabah dan amat menyayangi suami yang sedang berjuang dalam kesakitan,Suami menghidap penyakit tumor otak.Pasangan ini masih muda dan ank2 masih kecil..Yang sulung baru darjah satu,yang kedua lima tahun,dan yang ketiga baru setahun lebih..Mereka berasal dari terengganu.

Penyakit yang dihidapi datang tiba2,sebelum ni katanya kerap pening..Bila ke hospital doktor kata tekanan darah rendah,namun apabila keadaan sudah semakin kronik barulah tindakan lebih terperinci diambil.Keadaan penyakit yang agak kronik,serta situasi kewangan yang amat terbatas amat-amat menyukarkan keadaan.Saya masih berasa kagum atas kasih sayang yang amat erat dan mendalam dalam keluarga ini,si isteri sentiasa memberikan kata positif dan sentiasa menemani dan memberikan sokongan tanpa batasan walaupun masih mempunyai tanggungjawab pada anak2 yg masih kecil.

Sepanjang mendapatkan rawatan radioterapi HUSM,keluarga ini tinggal di rumah tumpangan milik HUSM namun apa yang saya kagumi adalah kecekalan dan ketabahan si isteri dan semangat si suami yang sanggup berjalan ke tempat rawatan yg agak jauh tanpa sebarang kenaikan demi untuk berusaha bangun dan sihat kembali.Si suami pernah terlantar selama sebulan lebih selepas prosedur pembedahan kecil di kepala,namun semangat dan dorongan kasih si isteri mampu membuat si suami bangkit walaupun belum mampu berjalan secara normal dan pergerakan yang agak lambat,itu sudah menunjukkan perkembangan positif bagi keluarga ini dan insyaallah semoga si suami mampu sembuh kembali....

Walaupun mereka dihimpit kesusahan dan kesukaran yang amat,sehinggakan si isteri pernah berkata,kalau nak ikutkan patah semangat,dah lama patah semangat kerana ianya cukup2 menguji kekuatan dan jiwa.Namun mereka yakin pada ketentuan Allah Taala dan redha akan ujian yang harus ditempuhi.Keluarga ini yang berasal dari sebuah kampung di Terengganu,dapat meneruskan rawatan setelah ajk kampung membuat kutipan amal untuk membantu mereka..Walaupun jumlah itu masih jauh daripada kos rawatan sebenar sekurang2 ianya dapat membantu meringankan bebanan kesakitan yang ditanggung.Si suami sudah tidak mampu lagi melakukan kerja2 berat.Moga diberikan jalan dan diringankan penderitaan mereka.

Lebih ramai lagi insan yang lebih derita,bersyukurlah dan ujian yang datang itu memberikan kesedaran dan kekuatan untuk hari mendatang..

Moga ada yang sudi dan dapat membantu meringankan beban keluarga baby Qistina

Dicopy dari blog puan zue...
Sedikit info tentang bayi malang ini. QISTINA BALQIS MAISARA..berusia 3 bulan dan dilahirkan di hospital Manjung, Perak. Baby Qistyna ini mempunyai masalah jantung berlubang, sumbing dan juga mempunyai masalah paru paru. Kini, Qistina sedang menerima rawatan di HUKM.

Moga ada yang dapat membantu anak kecil ini dgn sumbangan ikhlas ke akaun :

AKAUN MAYBANK : 114160850396
NAMA : SITI MAISALMAH BINTI MOHD KAMIL
(Ibu kepada Baby Qistina Balqis)
H/P : 017-3476764

Perit melihat penderitaan dalam melawan kesakitan terutama lagi anak kecil yang tak pernah mengenal erti hidup..Semoga diringankan segala kesakitan dan diberikan kesembuhan.amin.


Sesiapa blh copy paste entry ni,... sama2 kita membantu kluarga baby Qistina...Kalau tak dapat membantu,sekurang2nya dapat membuat entry mengenai baby Qistina ni,moga2 ada yang dapat membantu mengurangkan beban keluarga baby Qistina ni. smoga sumbangan anda sedikit sebyk dpt membantu... Insyaallah...

04 February 2011

Petua Kesihatan untuk semua

Tips Kesihatan 1

Kesihatan adalah nikmat ke-2 selepas nikmat iman. Apabila kita sakit baru kita tahu mahalnya nikmat tersebut.Sebenarnya Islam lebih advance dalam membicarakan hal ehwal kesihatan.

Rasullulah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya .Ikut diet Rasullullah ini. InsyaAllah kita tidak akan sakit perut atau keracunan makanan....

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CONTOH ( KOKTEL )
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# Jangan Sesekali Tinggal Makan Malam. Sesiapa Yang Tinggal Makan Malam Dia
Akan Dimakan Usia & Kolestrol Dalam Badan Akan Berganda.

Tips Kesihatan 2

KENAPA KLORIN DIGUNAKAN UNTUK MERAWAT AIR?

Air untuk kegunaan manusia mengandungi ratusan mikroorganisma yang mungkin mencetuskan penyakit bawaan air seperti taun, kepialu dan disenteri. Justeru, klorin digunakan dalam air minuman untuk mengawal penyebaran penyakit bawaan air.

Para pengguna di seluruh dunia dinasihatkan memasak air minuman sebelum diminum supaya klorin dalam air dapat tersejat keluar. Ramai pengguna tidak sedar bahawa untuk memastikan semua klorin disingkir, air mesti direbus lebih dari 20 minit pada suhu 100ºC.

Tips Kesihatan 3

KEPENTINGAN AIR BERALKALI

Pemakanan yang tidak sihat seperti makanan bergoreng, banyak lemak, kandungan garam dan gula yang tinggi, minuman air bergas dan gaya hidup yang kurang bersenam dan tekanan hidup menyebabkan sel-sel, tisu-tisu, organ-organ, sendi-sendi dan seluruh tubuh badan akan berasid. Masalah ini boleh diatasi dengan meminum banyak air beralkali.

Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh kerana ia dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan. Untuk makluman, Air Zam-Zam adalah air beralkali dan mengandungi banyak mineral.Sudah tentu ada hikmah kenapa Air Zam-Zam bersifat alkali.

Tips Kesihatan 4

SARAPAN PAGI KUATKAN OTAK

PETUA orang tua-tua, untuk kekal sihat dan langsing, mesti jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif dan memiliki daya tumpuan lebih baik.

Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat akan membekalkan tenaga,

Selain itu, pengambilan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus.Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja.

Tips Kesihatan 5

Memilih Makanan Yang Sihat

Memilih makanan yang sihat serta risiko mendatangkan penyakit yang rendah untuk kanak-kanak adalah satu perkara yang bukan mudah. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu dikurangkan sebanyak mungkin.

Donat
Setiap Donat mengandungi 200 hingga 300 kalori yang kebanyakannya dipenuhi dengan pelbagai jenis lemak dan trans-fatty acid yang boleh tersumbat dalam saluran-saluran arteri.

Nugget ayam
Makanan ini penuh dengan lemak yang biasanya menyebabkan darah tinggi untuk orang dewasa.

Kentang goreng
Mengandungi lemak yang cukup tinggi dan hanya sedikit mengandungi vitamin.

Kerepek atau keropok
Sebahagian besar kandungannya ialah lemak, sodium dan kalori kosong.

Minuman perisa buah
Rata-rata minuman jenis ini hanya mengandungi 10% jus buah, bakinya adalah air dan pemanis. Zat-zat dalam jus buah akan lenyap akibat dicampur dengan air dan pemanis. Jadi, makanlah buah-buahan yang segar atau jus buah yang diperah sendiri.

Minuman berkarbonat
Dalam satu botol atau tin minuman berkarbonat, ia mengandungi hampir 10 sudu gula. Malah, kanak-kanak yang lebih suka minum minuman ringan yang dikatakan mengandungi susu sebenarnya, tidak memperoleh kalsium yang mencukupi untuk tumbesaran tulang-tulang mereka.

03 February 2011

Tip Orang Soleh

Orang Soleh hidupnya sentiasa tenang,apabila ditimpa musibah dia akan bersabar kerana di sana ada lagi orang yang lebih susah daripadanya.Orang Soleh apabila didatangi sifat marah ketika berdiri,dia akan duduk serta mendiamkan diri,dan berwuduk untuk menghilangkan rasa marah...

Seandainya...

Ayat yang diperkatakan mengajar kita suatu petunjuk yang lain,iaitu agar kita menghindari sikap berandaian.Sikap ini selalunya diwakili oleh banyak kata dan kalimat seperti andaikata', seandainya', kalau saja', dan lain2 lagi.Tetapi tidakkah kita perhatikan bahawa semua itu mengarah pada hakikat yang sama,iaitu penolakan terhadap apa2 yang telah terjadi sambil mengajukan pendapat kita sebagai alternatif yang lebih baik dan seharusnya diambil (tapi sayangnya tidak).Perkataaan2 itu menjadi beban kepada kita dan semakin bertambah,renungkanlah kerana sikap berandai2 muncul setelah berprasangka buruk kepada Allah terhadap ketetapannya.

Ketika ketetapan Allah tidak memberikan kebaikan satu prasangka negatif mungkin terlintas dalam hati kita dalam prasangka negatif ini,secara sedar atau tidak telah menyifatkan Allah dengan sifat2 buruk dan tidak layak di dalam prasangka tersebut.Kita akan mempersoalkan,memperlekehkan,dan berasa sangsi akan hal2 yang buruk yang telah terjadi.Lalu terdetik di dalam hati "Mengapa Allah menetapkan hal ini?", "Mengapa saya yang harus ditimpa musibah seperti ini, "Dimanakah keadilan Allah, "Adakah Allah telah melupakan dan meninggalkan hambanya ini? " Mungkin ini yang sentiasa bermain di fikiran kita apabila ditimpa sebarang musibah atau keadaan yang tidak menyenangkan buat kita.

Setelah berprasangka,kita beralih pula kepada prasangka terhadap takdirnya.Dan ini merupakan kebencian yang bergelojak di dalam hati atau pun umpatan yang keluar dari lisan kita.Sikap ini boleh jadi muncul dari kebiasaan yang terbentuk sejak kecil atau pada masa jahilliah,sebelum kita hijrah pada keimanan dan amal soleh atau kerana kejahilan kita pada atas larangan ini.Oleh itu seseorang muslim atau muslimah perlu memastikan kebiasaannya agar selaras dengan ketentuan Allah dan Rasulnya.Setelah itu,mungkin akan muncul pada fikiran kita kata2, "Seandainya......"Dengan munculnya perkataan ini bererti ibarat kita menyempurnakan dakwaan kita terhadap ketetapan Allah.Padahal itu semua tidak sedikit pun mengubah ketetapan Allah.