30 September 2010

santau....


Santau...apakah maksudnya?

santau : racun yg paling berbahaya (dibuat drpd berbagai-bagai ramuan) menyantau memberi (seseorang) makan santau: ~ orang sememangnya perbuatan yg keji.

Memandangkan zaman moden ini masih banyak lagi manusia yang tidak berhati perut belajar membuat santau. Secara ringkasnya santau ini merangkumi mantera,bahan dan makhluk halus.

Tiga komponen ini digabungkan barulah dinamakan santau.Santau juga biasanya dilepas oleh pembuat santau ditempat-tempat terbuka seperti kedai makan dan majlis kenduri kahwin. Akan tetapi janganlah pula kita salahkan tokey kedai makan pula! Mereka tak bersalah dalam hal ini akan tetapi yang bersalah ialah pembuat santau yang mencari mangsa di tempat awam.Santau ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

1. Santau angin
2. Santau tuju
3. Santau makanan dan minuman
4. Santau langkah

Zaman sekarang umur belasan tahun juga sudah diajar membuat santau.Bahkan mat rempit juga belajar sama.Semua ini adalah untuk keseronokkan diri dan bermegah-megah dengan ilmu yang diajar oleh makhluk halus.
. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau antaranya serbuk kaca lampu kalimantang, bisa ular,miang buluh,miang rebung, hempedu katak puru,tulang binatang mati beragan dan banyak lagi.Bagi kami santau ini motonya ialah 2M iaitu menyeksa dan membunuh.

Sebagai contoh kalau kita baru terkena santau di kedai makan, biasanya kesan yang akan ketahui ialah selepas 2 tahun. Kesan yang biasa terkena pada pesakit ialah sentiasa batuk-batuk. Kalau kita pergi ke klinik kemudian makan ubat batuk kemudian sembuh itu bukan santau namanya. akan tetapi maksudnya kalau kita dah makan ubat batuk tapi tak sembuh2 juga maka bolehlah kita pergi dapatkan rawatan alternatif.Santau yang paling bahaya ialah santau tuju.Kalau kena santau tuju biasanya mangsa akan kena muntah darah.


Salah satu bahan merawat santau ialah daun nangka. Daun nangka ini gunanya untuk menepuk belakang pesakit. Kalau pesakit terkena santau biasanya serbuk-serbuk kaca,miang buluh atau rebung,rambut dan sebagainya akan keluar dari dada pesakit.Oleh kerana benda tersebut sangat halus, lampu suluh dan kanta akan digunakan untuk melihat serbuk tersebut.


Beringat2lah,bukan untuk menakutkan pembaca entry ni, tapi itulah realitinya dan atas apa yg dinasihatkan dan diperdengarkan bahawa semakin kita menuju ke akhir zaman,semakin byk perkara2 yg berkaitan sihir dan ilmu hitam dilakukan..waspada dan renungkanlah.....
Wallahua’lam…

Jangan zalimi ibu tunggal


Dipetik dari Dr hasanah com.

Hmm… topik ini nampak sangat berat sebelah. Seperti hendak berkata tentang diri sendiri. Minta maaf ye. Hakikatnya, dengan sesiapa pun kita tak boleh berlaku zalim walaupun kepada binatang dan alam sekitar. Cuma dalam konteks anak yatim, terlalu banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis yang menyentuh tentang larangan berbuat zalim, mengherdik, menghina dll terhadap anak yatim. Malah, ibu-ibu tunggal yang memelihara anak-anak kandung mereka yang yatim juga perlu sedar dengan peringatan ini.

Tapi, apa kena-mengena dengan jangan zalimi ibu tunggal? Jawapannya, kerana merekalah pemelihara anak yatim. Dibimbangi jika kita menzalimi ibu tunggal, maka maslahat anak-anak yatim juga akan terjejas. Tidak kiralah kezaliman tu dari sudut mental, fizikal, material mahupun emosi. Para ibu tunggal telah sedia menanggung terlalu banyak bebanan. Dari hendak mencari nafkah, menguruskan anak-anak, mendidik mereka, memikirkan keselamatan keluarga dll. Entah-entah hal diri sendiri, makan pakai sendiri pun tak sempat difikirkan. Setiap saat ada sahaja tekanan tanggungjawab dan emosi yang berlegar. Jika tidak kuat kesabaran dan pergantungan mereka kepada Allah, memang amat mudah pula pertimbangan akal fikiran mereka terbabas keluar dari landasan normal kehidupan. Secara jujurnya, saya sendiri sering terlajak dalam membuat pertimbangan apabila dihimpit dengan begitu banyak tekanan.

Berdasarkan pengalaman sendiri inilah menginsafkan saya tentang isu kezaliman ke atas ibu tunggal sama ada secara direct atau indirect. Mereka sudah menanggung terlalu banyak tekanan. Maka janganlah berikan mereka lebih banyak tekanan. Bimbang… jika anak-anak yatim pula yang menjadi mangsa apabila dijadikan tempat untuk melepaskan geram dan amarah.

Hmmm… kalau sudah tahu bahawa berbuat zalim kepada anak yatim adalah perkara haram, maka tidakkah berbuat zalim kepada pengasuh anak yatim juga adalah perkara haram?

24 September 2010


Hidup tak selamanya indah..kita tak tahu apa nasib kita kemudian hari.hidup ni penuh dgn ranjau berduri.ujian dan dugaan..tidak semua manusia diuji dgn kesusahan..bagi yg pernah mengalami dan pernah merasai kesusahan hidup,akan faham betapa sukarnya tika itu.walau betapa susah atau deritanya hidup,selagi bernafas tetap kena teruskan hidup.berjuang selagi boleh.Saya mengidap berbagai penyakit yg sehingga kini masih tiada jawapan.sering saya pujuk hati sendiri jangan mengalah walaupun hampir tersungkur.apa yg berlaku di luar sangkaan diri.penyakit ni benar2 menguji diri saya.setiap yg memandang saya pasti akan timbul berbagai persoalan "apakah sakit saya".ada yg lari jauh dari saya bila memandang keadaan saya.keadaan sy memang pelik.kurus kering yg teramat sgt..gigi depan reput.apakah penyakit misteri yg sy hidap ni.

kalau ke pengamal perubatan walaupun jumpa ustaz,memang kata saya terkena penyakit luar..saya perlu berubat moden dan berubat tradisional sama.tak tahula ramai yg percaya atau tidak pasal sihir2,santau ni....walau apa pun sakit saya..setiap manusia diuji dgn cara yg berlainan.harap dapat bagi sokongan dan semangat pada saya..saya perlu kuat untuk anak2 saya.kalu boleh saya tak nak kehilangan ank2 saya..jangan rampas anak2 dari saya tika saya masih wujud lagi.saya tahu saya tidak mampu untuk menjaga anak2 saya tapi percayalah kasih sayang seorang ibu pada anak.

saya cuba kuatkan diri untuk berniaga,berilah sokongan pada saya untuk anak2 saya..



23 September 2010

Macam2 kerepek ada, keropok,cakar ayam,gula2 nisan



Kerepek udang (200 gram) Rm 5

kerepek isami (200gram)Rm 5

Kerepek Gertas (200 gram) Rm 5

Kerepek Bawang (500 gram) Rm5

Kerepek Pisang (100 gram) Rm 4


Keropok ikan tamban Rm 14

keropok ikan tamban 1kg rm14

gula-gula nisan rm4.50

cakar ayam (sira gula )4 pcs/pek rm4.50

cakar ayam (gula nisan) rm4.50

22 September 2010

kesihatan yg tidak menentu


Gambar ni tgh masuk air masa bulan puasa..macam nila kesihatan yg tak menentu.
badan makin kurus kering...wajah pun makin lama makin pucat.siap ada mainan aiman lagi kat atas katil.budak2 ni tak kira kat hospital pun macam taman.walaupun kesihatan yg makin merosot,saya kalau boleh tak nak berpisah dgn anak2..


Kerap sangat kurang air dalam badan...

Salam Aidilfitri..


salam aidilfitri...lama menyepikan diri.atas faktor kesihatan dan banyak masalah yg timbul akhir2 ini...saya harap saya tidak terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri dan maaf zahir batin andai ada salah dan silap sama ada secara sedar atau tidak ..Jutaan terima kasih yg tiada terhingga saya ucapkan pada yang sudi membantu saya sebelum ini dan saya amat2 menghargainya.Segala pertolongan semoga mendapat rahmat dan ganjaranNya,semoga diberikan kesihatan yg baik,dimurahkan rezeki yg berlipat ganda,kesejahteraan,dan sentiasa berada dalam rahmat dan dilindungi Allah.

02 September 2010


kesihatan makin tak menentu,ke hulu ke hilir mencari sesuap nasi untuk anak2.kepala ni makin hari makin kuat beratnya.pening.....penat tak terkata dengan keadaan sebegini tapi apa boleh buat..berat badan makin menurun sgt.dah tak de apa...berilah peluang dan ruang untuk anak2 saya....tekanan sekeliling benar2 menguji.masalah kesihatan,masalah kewangan,rawatan...perbelanjaan anak2.berilah kekuatan,kesabaran,ketabahan yg luar biasa.moga dapat bertahan pada semua ni.ada masanya seperti ingin jatuh terkulai..bertahan dan bertahan.